Thursday, August 26, 2010

Happy Belated Birthday!!!

Uiks! OH.EM.GEE!!! Iols terlupa nak wish happy birthday kat my other half tadi boleh? Kalau birthday iols bukan main dialah orang yang paling semangat nak wish. Bukan setakat wish kat Skype or MSN, kadang-kadang entah apa-apa video & pic jerr yang dia send via email kat iols. Tapi bila part birthday dia iols senyap sajork. Boleh? Alaa... Bukannya selalu pon. Cakap jerr nanti yang ittew adalah surprise daripada iols. Boleh alasan macam ittew? LOL!


Nasib baiklah ada FB update at least ada gaks reminder. Kalau dulu all my friends' birthday mesti ada reminder kat phone. Tapi semenjak pakai Fighting nie jangankan nak tengok reminder, nak set reminder pon tak tahu. =P Apalah nasib iols menjadi seorang yang buta teknologi T_T


Haish... Dahlah iols terlupa nak wish, bila pulak nak beli birthday present untuk dia. Apa sajork yang iols nak belikan untuk dia ek? Kalau nak harapkan dia bagi hint memang ke lautlah jawabnya. Asal iols ask nak apa for birthday present, confirm jawapan yang dia bagi addinch nak apa-apa. Dia dah cukup happy kalau iols sentiasa ada bersama dia. Apa uols ingat nie cerekarama kat TV nak feeling-feeling? Kalau uols pelakon drama bersiri Korea bolehlah keluar statement berani mati macam ittew. Nasib baiklah muka dia boleh tahan cando kalau tak confirm dah lama iols muntah darah occay!


Dan disebabkan nie jugaklah membuatkan iols susah nak carikan dia hadiah. Cuba kalau dia nie bersikap jujur macam iols kann kerr senang. Bila dia ask iols nak apa for birthday present maka dengan pantas dan tanpa segan silunya iols akan jawab sajork nak Hermes Birkin saiz 40. *Matilamak demand addinch ingat dunia kann?* Tapi kann... Kenapa iols bagi hint yang sama for the past 2 years tapi hasilnya nan ado? T_T


Speaking of birthday present, iols baru teringat yang iols still belom unwrap lagi birthday present yang si dia bagi kat iols untuk birthday iols tahun nie. Bayangkanlah birthday iols bulan June tapi birthday present masih ada yang belom berbuka lagi. Kalau setakat birthday present addinch kisahlah jugak. Yang lebih hebatnya hadiah krismas yang iols terima tahun 2007 iols baru sajork buka baru-baru nie. LOL. Occaylah... Iols nak pergi cari baliklah kat mana iols letak birthday present ittew. Daa~


Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci~


Thursday, August 19, 2010

Journey to M.A.C

Uiks! Masa kat Jusco Tebrau City tadi kaki iols tergatal pulak melangkah masuk ke dalam M.A.C. Tak tau penyakit apa melanda sekarang nie pantang lalu depan kedai mekap confirm nak masuk. Kalau masuk sekadar window shopping addinch apalah jugak kann? Tapi most of the time iols mesti iols gagal untuk keluar dengan tangan kosong.


Contohnya masa masuk kat STAGE Singapore tempoh hari. Addinch cukup sekali, tiga minggu berturut-turut occay iols masuk Singapore semata-mata nak masuk STAGE. Occay...Part ittew iols tipu sebab utama masuk Singapore mestilah bukan sebab nak masuk STAGE kann sebab ittew adolah sebab sampingan sajork. LOL.


Tapi STAGE nie pon agak melampau jugak sebab promo dia sentiasa berjalan. Addinch pernah kekeringan promo. Ado sajork diskaun yang melampau. Kalau kat Malaysia orang nak masuk STAGE fikir 2-3 kali tapi kat Singapore macam hina gittew. Sekali offer harus uols addinch pandang Maybelline lagi sebab STAGE super mur-mur occay! Bayangkan kalau harga items dia between $8-$10 each. Harus SA kat STAGE pon dah kenal muka iols occay! Selayaknya kalau iols borong satu kedai kann? Nak pulak kalau SA ittew pandai mengampu or memang pandai dalam bab cikkap alamatnya kering-kontanglah poket iols.


Oh... FYI Iols mempunyai satu penyakit dimana iols pantang tengok duit lebih dalam akaun bank. Boleh gittew? Orang lain pantang duit dalam akaun kering tapi iols pantang kalau duit masih menggunung. Biasanya waktu-waktu dah dekat hujung bulan camnie iols mesti agak risau kalau duit masih banyak balance dalam akaun. Bukanlah nak cakap yang iols nie banyak duit sebab biasanya setakat cukup makan sajork. Tapi iols percaya kalau rezeki ittew diberkati confirm uols addinch akan mati kelaparan mahupon jadi papa kedana. Ittew apa yang Daddykins ajarlah kann? So make sure rezeki yang uols dapat ittew diberkati. Iols nie kalau tengok ada balance dalam akaun bank mulalah iols addinch senang duduk. Terus kaki gatal masuk sana-sini tengok apa yang patut.


Contohnya masa iols masuk M.A.C tadi. Niat asal adolah untuk meninjau sebarang koleksi baru. Kalau nak beli mungkin tak sebab M.A.C iols pon still ado yang masih dalam packaging lagi. Iols pon bukanlah jenis cikkap 24 jam. Even hari biasa pon iols biar muka iols bare. Gila apa nak masuk opis pon nak cikkap segala? Harus semua orang lari tengok iols occay! Lagipon setakat dalam opis kott bukannya jumpa sesiapa pon.


Eh? Dah jam 5:00am lah uols. Iols nak sahur dululah. Nanti lepas sahur iols sambung lagi ek? Ittew pon kalau iols addinch terbongkang.



Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci~