Sunday, May 18, 2008

PeRsEdiAaN TeRaKhiR







Uiks! Uols semua mesti tertanya-tanya kann apa kaitannya gambar-gambar di atas dengan entry iols kali nie? Hiks. Tunggu…



Hari nie iols berkobar-kobar yang amat sebab hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Setelah sekian lama weols membuat persiapan dan re-church *Oops! Matilah carut siapa addinch tahu* maka hari nie segala persiapan weols akan berbaloi.



Wah! Intro nak gempak tapi hasilnya dinch hebat mana pon. Maka dengan berbesar hatinye diumumkan secara rasmi bahawa ahli D.Valicious akan menyertai NST JB Walker Hunt 2008. Dinch percaya kann? Weols pon memula dinch percaya yang weols akan menyertai pertandingan macam nie.



Tapi atas desakan dan paksaan iols, maka Teddytalez, Freezi dE Greb dan Fendissime pon ikut serta. Cheh! Paksaan katanya. Nampak sangats masuk tak ikhlas ek? Yang ittew iols propah sajork sebab diorang dengan rela hatinya nak join sekali. Tapi kali nie weols tak guna nama D.valicious sebaliknya Totally Bimbo. Hamek ko Totally Bimbo katanya!



Persediaan pertama yang perlu dilakukan ialah mencari gadget tercanggih untuk memastikan kemenangan weols. Heheks!



So pagi-pagi lagi iols dan Vegenazah dah menuju ke Pasir Gudang. Motif pergi Pasir Gudang sedangkan pertandingan akan berlangsung di Dataran Bandaraya? Sebab iols nak beli handphone baru. Almaklumlah handphone iols pon dah buruk kann? GPRS pon entah masih boleh guna ke tidak iols pon dinch tahu. Sebab salah satu syarat untuk menyertai NST JB Walker Hunt nie ialah setiap kumpulan hendaklah mempunyai at least satu GPRS enabled mobile phone.



Walaupon Teddytalez punya handphone dah cukup canggih siap GPRS, MP3, Radio segala tapi kita dinch tahu apa yang bakal terjadi kann? Mana tahu tiba-tiba Teddytalez lupa caj bateri kerr, tertinggal handphone kerr harus weols semua menangis tak berlagu yerr…



Setelah lebih seminggu iols survey handphone akhirnya iols dah tahu model apa yang iols akan beli. Mula-mula iols nak beli samada dari brand LG, Samsung atau Sony Ericsson. Nokia awal-awal lagi iols dah banned sebab design dia very the cepat outdated. Merasalah beli bulan nie bulan depan dah tak in. Yerr tak?



So iols ingat iols nak ambil Samsung Live Music Edition SGH-i450 yang ada built-in speaker from Bang & Olufsen. Harus bila uols bukak speaker bunyi macam kat dalam club kann? Tapi iols terpaksa memendamkan hasrat iols sebab harga dia mencecah RM 1600. Budget iols pulak ciput sajork setakat bawah RM900. Iols bab-bab gadget nie memang kedekut sikit sebab rasa macam addinch berbaloi. Almaklumlah jangka hayat pon bukannya lama sangats. Paling lama pon setakat 3 tahun sajork.



So iols ingatkan nak ambil Samsung sebab design dia slide so ala-ala stylish gittew. Tapi ramai cakap kalau compare Samsung dengan Sony Ericsson, Sony Ericsson lagi bagus. Samsung dia menang bab design sajork.



So iols pon memutuskan untuk beli Sony Ericsson. Iols terminat dengan design K770i dengan lagi satu W910i design slide warna merah. Yang K770i Vegenazah yang pilihkan sebab dia obsess dengan 3G. Pada iols menda alah 3G nie bukannya penting pon sebab iols pon bukannya guna sangats. Yang W910i warna merah ittew pulak Panda Eyes yang tolong pilihkan.Tapi dari segi harga of courselah iols akan pilih K770i sebab jauh labih murah. Heheks!



Love the colour but not the design





W910i 3G Edition




Iols sanggup berjalan jauh sehingga ke Pasir Gudang untuk beli handphone sebab harga dia murah yang amats uols! Handphone Sony Ericsson K770i nie iols tengok dalam magazine harga yang disyorkan RM1099 tapi iols tengok kat Giant ada sampai RM1299. Gila punya mark up. Kat Jusco pulak harga dia RM850-RM890. Cukup-cukup sajork duit iols. Tapi kat pasir Gudang iols dapat dengan harga RM695 sajork. Tawar punya tawar sambil buat muka kesian so dapatlah diskaun RM20. Walaupon sikit janji dapat diskaun.



Handphone K770i nie iols suka sebab tak semua kedai ada jual so merasalah konon-konon design paling baru. Hiks. Warna dia pon cantik ada Champagne, Brown, Black and Purple. Mula-mula iols nak beli warna purple tapi cancel sebab tak cantik. Bayangkan warna purple X-Pax Celcom harus jijik kann? So iols beli warna brown sebab nampak mahal dan stylish.



Kamera dia 3.2MP ditambah pulak dengan flash dan kehebatan 3G. Built-in radio dan MP3 merupakan benda penting selain kamera. Tapi yang paling best sebab iols boleh terus blog dari handphone iols. Canggih kann? Tapi yang addinch bestnya sebab memory stick dia cuma 256MB sajork. Amoi ittew cakap semua standard takde memori yang lebih tinggi. Keji kann?



Tapi takpe sebab iols lebih happy dengan function dia yang amat rare iaitu caller ID dia. Kalau handphone biasa caller ID dia cuma keluar muka si polan dan ringtone kann? Tapi K770i nie uols boleh tengok video klip as a caller ID. Katakan Freezi dE Grab suka sangats video clip 4minutes kann, so iols boleh setkan video clip 4minutes sebagai caller ID dia. So everytime Freezi dE Grab call iols bolehlah tengok video ittew sambil verangan tempat Madonna digantikan dengan iols sambil menggatal dengan Justin Timberlake. Hiks! Verangan kann?




Masih berehat dalam kotak




Tadaa!!! Dah bukak!





Siap ada slide... Trademark for Sony Ericsson phone





Bukak sajork nampak kamera






Flash light cum emergency light cum torch light





Warna skrin yang begitu terang





Uiks! Siap boleh blog via handphone?





Merasa terus update blog





Edit jangan tak edit uols!






Match tak dengan warna handphone iols?



Ok berbalik semula pada agenda kita iaitu NST JB Walker Hunt. Lepas beli phone iols terus pergi ke Dataran Bandaraya sebab weols ada taklimat mengenai acara esok. Taklimat mula pukul 6 petang tapi sebelum ittew weols dikehendaki mendaftar semula dengan borang rasmi.



Disebabkan kumpulan weols ada problem sebab tak cukup boring original so weols kena fotostat semua. Merasalah kena pergi ke Kotaraya sebab tempat ittew yang terdekat untuk fotostat. Kat Kotaraya iols terserempak dengan Gone Baby Gone. Dia ada tegur tapi iols setakat senyum sajork. Iols addinch tegur dia sebab dia dengan kawan-kawan dia yang iols tak kenal. Kebetulan pulak iols nak cepat.


So Fendissime jangan cepat salah sangka yerr… Iols bukannya kekwat tapi iols akan berubah menjadi super shy bila jumpa dengan orang yang iols tak kenal. Hiks.



Sementara menunggu untuk taklimat dimulakan iols sempat tengok senarai kumpulan yang bertanding. Sebanyak 160 kumpulan yang akan turut bertanding esok. Pendaftaran dibuka untuk 250 kumpulan yang terawal tapi 160 kumpulan sajork yang mendaftar.


Tengok sajork list kumpulan yang bertanding iols terus pengsan. Iols ingatkan nama weols dah cukup kelakar tapi ada yang lebih kelakar rupanya. Yang paling iols tak tahan gelak ada satu kumpulan nama dia Makhluk Tuhan paling Seksi. Uols addinch pengsan? Terus iols ketawa sambil guling-guling kat sittew. Ahli kumpulan weols yang datang untuk sesi taklimat cuma iols dan Fendissime sajork. Teddytalez tak dapat datang sebab dia kerja pagi. Freezi dE Grab pulak on the way balik dari KL sebab ada job. Job apa? Rahsia… Heheks!





Masa weols tengah dengar taklimat iols dapat sms dari Teddytalez:

“So macam mana? Ramai orang tak? Kalau uols nampak group yang macam boleh kalahkan weols terus hapuskan diorang tau”



*Iols pengsan* Gitew… Hapuskan sebelum pertandingan katanya.




Lepas ambil Freezi dE Grab weols jumpa Teddytalez kat rumah Fendissime. Then weols beramai-ramai makan kat Senibong sebab Teddytalez nak makan seafood. Sambil ittew bolehlah weols merangka strategi untuk esok kann? Heheks! Merangka strategi katanya!



Gigih nie datang berkerusi roda bagai




Masa iols nak tido Swarovski Crystal pulak hantar sms:



"Sayang-sayangku sekalian, do ur best & good luck for tomorrow… Make me proud gituhh… Mmwah mmwah…"


Iols rasa terharu sangats. Walaupon tak dapat join weols namun dia tetap tak lupa untuk bagi kata-kata sokongan untuk buat weols lebih bersemangat. Thanks a lot Swarovski Crystal!




Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!

Thursday, May 15, 2008

Misi 1.6


"Adreanna, we'll meet at nine okay?" Arini Adreanna tersenyum kegembiraan. Panggilan telefon dari Iskandar memang amat ditunggu-tunggunya. Ipod Touch 32GB yang terletak di sudut mejanya dicapai. Adreanna bingkas bangun dari tempat duduknya dan terus keluar dari ofisnya. Jam di pergelangan tangan menunjukkan sudah jam 8 malam dan ini bermakna Adreanna tidak sempat untuk balik ke rumah untuk bersiap. Boot kereta dibuka dan Adreanna mengeluarkan beberapa shopping bag. " Nasib baik aku ada simpanan baju yang baru dibeli beberapa hari lepas" bisik hati kecil Adreanna. Adreanna turut mengeluarkan dua buah buku iaitu Style From A To Zoe: The Guide To All Things Glamour dan The Truth About Diamonds sebagai rujukan.



i-pod touch 32G- s$899


Adreanna terus meluru ke wash room berhampiran untuk menukar baju. Skinny suit dari Topman ditanggalkannya. Pakaiannya kini berganti dengan skinny jeans berona emas dari Fourskin dan heels Christian Louboutin kini berganti dengan sneakers Gucci. Adreanna tampil agak santai untuk malam itu. Untuk menambahkan edgier look to her outfit, Adreanna melapiskan vest berwana coklat yang sarat dengan pailettes silver ilham Kate Moss Loves Topshop.


Skinny Jacket from Topman



Vest Kate Moss Loves Topshop


Kini penampilannya sudah hampir sempurna. Solekannya kelihatan seakan tidak bermaya kerana sibuk berjumpa klien sepanjang hari. Adreanna lantas menyeluk tangannya ke dalam beg Louis Vuitton Neverfull GM lalu mengeluarkan beg mekapnya. Benefit Benetint kini sudah menghiasi pipi serta bibirnya. It gives just been kissed look to her lips. Adreanna sekadar mengoleskan lipgloss Dior Addict berona emas dari koleksi Golden Dior di bibir mungilnya. Sedar akan matanya yang kelihatan agak keletihan, Adreanna menyapu YSL Touche Eclat dan dibalas dengan highlighter Dior Bronze Luminizer juga dari koleksi Golden Dior. Kini Adreanna tersenyum puas kerana dia pasti penampilannya kini pasti mampu memikat Iskandar.





Louis Vuitton Nevefull GM - s$1080


YSL Touche Eclat - RM115





Benefit Benetint- RM129



Smart For Two berwarna perak itu terus meluncur laju ke arah restoran yang dijanjikan. Adreanna sedikit hairan apabila melihat keadaan restoran yang gelap itu. "Tak mungkin salah tempat. Tadi kan Iskandar janji untuk bertemu di restoran nie," bisik hati Deanna. "Wanginya U malam nie". Adreanna terperanjat mendengar suara itu. Rupa-rupanya Iskandar sedang berdiri di sebelahnya. Muka Adreanna sedikit merah menahan malu. Betulkah haruman Sheer by Stella McCartney yang dipakainya begitu kuat? Iskandar terus memimipin tangan Adreanna menuju ke pintu masuk restoran tersebut. Iskandar membukakan pintu sambil menunduk untuk menunjukkan sifat gentleman kepada Adreanna.




Sheer By Stella Mc Cartney




Sebaik sahaja Adreanna melangkahkan kaki ke dalam, seraya itu jugalah semua lampu menyala dengan sendirinya. Adreanna terpegun dengan hiasan di dalam restoran tersebut. Kelihatan palbagai jenis jambangan bunga dan belon-belon yang berwarna-warni menghiasi setiap sudut restoran itu. Cahaya dari Chandelier menyinari segenap ruang. "SURPRISE!!!"





Adreanna dapat melihat kelibat rakan-rakannya juga turut berada di situ. Rupa-rupanya majlis ini diadakan untuk meraikan hari ulang tahunnya yang ke-21. Adreanna betul-betul terlupa bahawa hari tersebut merupakan hari ulang tahunnya yang ke-21. "Happy birthday, gorgeous," ucapan pertama yang diterimanya adalah dari Iskandar. Kemudian diikuti oleh teman-teman baiknya iaitu Lydia Farisya, Sharifah Afira, Sharifah Syadiah Mambo, Hazwaniza dan Zaralisya.


"Untung kalau kau dapat teman lelaki macam dia," bisik Lydia. Adreanna hanya tersenyum. "Aku rasa Iskandar memang suka dekat kau, Deanna," balas Afira pula. "Babe, this is for you," Afira menghulurkan sebuah kotak berisi Montblanc Charm Bracelet. " Oh My God! This is so lovely! Thanks babe!," Adreanna tersenyum keriangan menerima pemberian dari Afira itu.


Sedang mereka rancak berbual, Iskandar hadir membawa semangkuk pencuci mulut dan diberikan kepada Adreanna. Brownie coklat dan ais krim merupakan pencuci mulut yang disediakan untuk malam tersebut. Sedang Adreanna menyuapkan ais krim ke dalam mulutnya, dia dapat merasakan sesuatu yang aneh. Dia dapat merasakan ada sesuatu objek yang aneh di dalam mulutnya. Deanna lantas mendapatkan napkin dan menekup ke mulutnya. Alangkah terkejutnya apabila Adreanna mendapati bahawa objek aneh yang keluar dari mulutnya itu ialah sebentuk cincin Mouboussin. Adreanna terkedu.



"Adreanna, will you be my girlfriend?" ayat itu keluar dari mulut Iskandar secara spontan. Adreanna amat terharu dengan tindakan Iskandar. Cincin yang tadinya di atas napkin kini sudah beralih tangan. Iskandar memegang lembut jari-jemari Adreanna untuk disarungkan cincin. Belum sempat Adreanna menjawab kembali tiba-tiba Adreanna terdengar namanya dipanggil seseorang. " Adreanna!"





Adreanna menoleh ke arah suara itu. Adreanna mendapati bahawa Zahid kini berdiri betul-betul di belakangnya. Perasaan Adreanna berbaur antara gembira dan sedih. Lidahnya kelu tidak mampu berkata apa. "Please Deanna...Don't...Don't accept his proposal." kedengaran suara Zahid tersekat-sekat. Adreanna sedikit tersentak mendengarkan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Zahid. Hadirin yang hadir juga kelihatan agak bingung dengan apa yang mereka dengar sebentar tadi. " Tapi Zahid...Kenapa?" balas Adreanna. Zahid hanya membatu. Diam membisu tanpa suara. "Kenapa Zahid? Kenapa Deanna tak boleh terima Is?", Adreanna masih mahukan kepastian. " Sebab... sebab..." suara Zahid masih tersekat-sekat. "Sebab apa Zahid?" Suara Adreanna sedikit meninggi.


" It's because I Love you, Adreanna," balas Zahid seraya merangkul tubuh Adreanna ke tubuhnya.


Kini yang kelihatan hanyalah dua susuk tubuh yang sedang bertukar ciuman...

Friday, May 9, 2008

Berkabung

Uiks! Diam tak diam dah lebih sebulan blog iols nie berkabung ek? Dah ramai jugak yang suruh iols update blog iols nie tapi sayangnya keadaan tak mengizinkan. Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang bulan lepas tapi most of it semuanya merangkumi perkara-perkara yang menyedihkan sajork. Sebab ittewlah iols mengambil keputusan untuk mengabungkan blog nie. Cheh! Mengabungkan katanya! Iols dah tak bersemangat untuk hidup secara normal apatah lagi semua yang berlaku betul-betul menyedarkan iols tentang realiti kehidupan sekaligus membuatkan iols menjadi lebih kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan hidup. Iols sedar langit tak selalunya cerah namun jika gigih sinar harapan akan sentiasa menyinar. Iols ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas semangat dan dorongan yang diberikan oleh my family especially Daddykins and Vegenazah. Not to forget to all my friends especially Teddytalez yang menolong iols secara tak langsung untuk membuatkan iols sedar dan bangkit dari segala masalah. I've decided to lead my life as per normal.




After all of the darkness and sadness soon comes happiness




I'm a survivor, I'm not gonna give up!




So iols akan tetap update blog nie sekerap mungkin mulai hari nie. Tapi iols akan menampilkan sedikit pembaharuan iaitu memperkenalkan mesin masa kepada iols. Ittew bermakna entry-entry iols selepas nie akan berkisarkan mengenai apa yang terjadi kepada iols sepanjang bulan lepas dan yang sebelumnya. Merasalah back to the future katanya. Heheks!





Jemput naik mesin masa iols. Jangan malu-malu




Tapi uols mesti tertanya-tanya kenapa blog iols dibiarkan sepi tanpa penjaga kann? Sampaikan ada beberapa pihak yang begitu bermurah hati nak tolong iols updatekan blog nie. Heheks! Boleh gittew? Siap beria-ia nak mintak username dengan password nie. Ko tak pengsan?

Sebab utama iols dah menjadi bersemangat untuk menulis semula kat blog nie sebab iols dah pun menjalani terapi pemulihan. In fact iols baru jerr balik dari menjalani terapi pemulihan. Penat uols nak pergi sesi terapi apa kejadah nie. Nasib baiklah tempat terapi ittew dekat. Kalau jauh harapanlah iols nak pergi kann? Jangan haraplah iols nak pergi baik duduk rumah layan tengok DVD lagi puas hati. Yer tak? Duit pon banyak gak habis untuk sesi terapi nie. Tapi apa nak buat dah terpaksa kann? Lagipon bukannya tiap-tiap hari betul tak?




Penat uols...




Ittew dia gambar iols sedang menjalani sesi terapi. Heheks! Mesti ada yang tengah menyumpah iols sekarang nie kann? Macam ada orang yang speku Mummykins mengandung lagi. Heheks! Lega uols dapat bershopping sepuas-puasnya kali nie. Mana taknya dengan status iols sebagai penganggur tak bertauliah nie bukan senang nak dapat shopping selalu macam dulu-dulu. Sekarang nie kempen inflasi sifar uols. Tapi shopping is really the best medicine to de-stress your life.

Alkisahnya iols nie baru sajork balik dari Jusco AEON Tebrau sebab hari nie merupakan J-Card Day. Haruslah nie merupakan antara aktiviti tahunan yang sentiasa ditunggu-tunggu yerr… Mana taknya dengan potongan harga up to 70% harus merembes air puki iols nak beli segala-galanya kann? Tapi bab diskaun jatuh tempat kedua sebab yang paling penting ialah dapat rebate cash voucher. Ittew yang iols paling tunggu-tunggu sebenarnya sebab rasalah dapat rewards dari Jusco sebagai regular customer kann? Atau dalam erti kata yang lebih mudah iols dah berubah menjadi true Singaporean sebab tahap kiasu iols yang menjadi semakin parah nie. Heheks! Harus pantang dengar ada jualan murah mahupon barang free yerr…

Since Vegenazah kerja tengah hari so weols decided keluar pagi-pagi untuk pergi J-Card Day nie. Almaklumlah nie first time Vegenazah pergi J-Card Day kat Jusco AEON Tebrau nie. Sebelum nie dia cuma pernah pergi kat Permas Jaya sajork. Ittew pon hanya sekali sajork. Sedih sangats kann? Iols pon dah set dalam kepala kaunter apa untuk diserbu kali nie. Biasanya iols tak beli baju kat Jusco sebab design dia mostly bukan taste iols. *Matilah ramai sentap kann?* So setiap kali J-Card Day kaunter mesti singgah iols ialah bahagian cikkap. Harus semua orang dah tahu favourite spot iols kann? Kalau iols hilang senang sajork nak carik. Pargi sajork bahagian cikkap harus jumpa iols kat sittew. Biasanya iols akan melekat kat kaunter Revlon, Christian Dior, Chanel & Estee Lauder.

Tapi spot paling favourite iols haruslah Revlon sebab biasanya akan ada jualan yang amat murah sekali. Kadang-kadang ittew sampai jual longgok katanya. Iols peduli apa janji harga semua bawah RM30.00. Harus borong semua yerr… Apatah lagi bronzer favourite iols yang limited edition hanya dijual di jualan murah sajork sebab Revlon dah tak produce lagi star product ittew. Keji kann dah tak keluar lagi? Harus nak suruh iols habiskan duit beli bronzer Guerlain kann? Tapi kali nie Revlon dah takde jualan longgok-harga-runtuh-walaupun-hakikatnya-semua-produk-yang-dah-tak-laku. So iols singgah pon sekejap sajork. Lagipon baru last week iols beli barang Revlon dengan Poket Doraemon. Kebetulan Poket Doraemon nak beli foundation baru, Panda Eyes pulak cari lipgloss baru. Harus Panda Eyes first time try Revlon yerr sebab sebelum nie dia hanya pakai lipgloss Dior Addict sajork. Pengsan kann?

Kaunter wajib kunjung kali nie ialah Christian Dior & Chanel sebab dua-dua brand baru keluar koleksi limited edition. Iols nie pulak pantang dengar limited edition mesti nak beli. Apatah lagi oleh Christian Dior sebab biasanya packaging dia memang chic sangats. Iols datang sajork kat kaunter Dior terus pengsan. Mana taknya koleksi limited edition dia sajork dah ada lebih 10 barang. Harus iols rambang mata nak pilih yerr… Ditambah pula palet warna yang disediakan more to bronze & gold. Pendek kata memang sesuai untuk kulit iols yang tan nie lah. Dari blusher, highlighter, illuminator, sampailah ke bronzer semua iols try. Cuma nail lacquer sajork yang iols tak try. Heheks! Harus semua bapak-bapak, pakcik-pakcik, atuk-atuk semua yang ada dekat sittew tengokkan sajork iols nie. Mesti diorang konfius melihat iols yang dah tersedia konfius nie ek? Hiks.






Dior yang terkenal dengan kotak metallic silver







Dah puas bermain palet warna kat Dior iols berhijrah pulak kat kaunter Chanel. Kali nie iols tak pening kepala sangats sebab iols cuma nak beli bronzer dia sajork. Iols memang suka sangat dengan bronzer Chanel nie sebab warna dia semuanya warm so iols tak pening nak pilih warna. Apatah lagi dengan kehadiran produk limited edition terbaru Chanel iaitu Moisturising Bronzer.




Bukan sekadar satu malah dua paper bag







Iols suka sangats dengan paper bag chumel nie






Paper bag besar ada nie sajork? Heheks!




Packaging Chanel yang amat sofistikated




Tadaa... Buka kotak keluar nie



Logo putih lipgloss dan logo emas bronzer



Biasanya bab paling iols suka bila beli cikkap nie sebab dapat free gifts. Ala… Setakat produk tester sajork tapi janji free harus iols sapu kann? The more the merrier katanya! Tapi Dior punya promoter kat Jusco Tebrau nie very the kedekut Haji Bakhil taik hidung masin. Iols mintak tester dia boleh cakap takde. Ko ingat aku baru hidup semalam? Tapi bila iols nak beli dua produk tetiba cakap kalau beli banyak dapat tester. Motif sangats kann? So kalau uols nak beli Dior iols sarankan uols beli sajork kat Parkson Holiday Plaza. Harus uols kaya dengan free gift yerr… Lagi satu tempat saranan iols ialah kat The Mall. Kebetulan promoter dia kat sana lelaki so harus iols boleh dapat macam-macam sebab promoter lelaki nie biasanya lebih pemurah. Hiks! Iols kalau beli harus boleh dapat lipgloss, perfume, shower gel malah foundation pon ada. Tapi kat Jusco Tebrau iols cuma dapat sample foundation. Dahlah warna tak match. Tapi nasib baik promoter Chanel bermurah hati bagi sample lebih walaupon dua-dua iols takkan pakai sebab foundation. Tapi kalau keseluruhannya iols lebih prefer Parkson baik dari segi servis mahupon free gifts. Sebab promoter Chanel kat Parkson siap mintak details iols. Bukan setakat dapat update produk baru malahan launching produk pon iols dapat invitation yerr… Iols suka iols suka. Tapi yang paling penting ada sorang promoter kat Parkson yang iols taste. Hiks!




Dapat foundation 3ml sajork?






Free gifts Chanel iols dapat foundation lagi





Chantek tak iols lepas cikkap?




Rasa-rasa iols dah cukup chantek iols beralih ke bahagian kasut pulak. Actually hati iols dah tertambat dengan sepasang dress shoes Bonia yang iols rasa chantek sangats. Tapi harga dia sebelum nie almost RM350. Tapi since sekarang dah diskaun harus iols sambar satu yerr… Sebenarnya kasut ittew Sir Mugen yang nak beli mula-mula. Tapi dia tak jadik beli sebab dia baru sambar loafer Raoul. Kebetulan pulak Vegenazah pon suka gaks kat kasut Bonia ittew so iols pon belilah sebab taste weols dalam bab kasut memang sepadan. Vegenazah nie memang pandai pilih outfit yang lebih outgrown dan nampak sofistikated. Iols pulak lebih kepada golongan muda yang lebih relax dan stylo. So dipendekkan cerita kami memang saling memerlukan diantara satu sama lain sebab style weols jelas berbeza.





Iols nampak macam adik kann? *Matilah sentap*



Musti berkobar-kobar nak tengok design dia kann?



Ittew dia... Comes with a dust bag katanya!





Nielah rupa kasut yang iols beli






Tak dapat Gucci, Bonia pon jadilah




Tapi uols semua mesti tertanya-tanya kenapa iols beli kasut nie kann? Sebab iols bukannya rajin pakai kasut kulit. Kerja pon pakai sneakers sajork. Sebab utama iols beli kasut nie ialah kerana warna tan yang amat chantek. Senang nak match dengan my bags & belts. Sebab kedua pula ialah kerana small details yang terdapat pada kasut tersebut. Lagipon warna kasut nie sama dengan kasut Salvatore Ferragamo iols yang Daddykins belikan dulu. Tapi sayang kasut ittew dah rosak.




Buckle yang membuatkan kasut tampak lebih mahal






Monogram yang chumel dan nampak unik kat tepi kasut







Logo Bonia yang nampak begitu royal cam Juicy Couture





Tapi kann benda yang paling penting dan nampak mahal pada kasut nie adalah sebab tapaknya. Mesti lepas nie ramai orang beratur nak cari pasal dengan iols.




Merasalah siapa kena sepak ada cop Bonia kat muka kann?









Iols pon ada minat dengan doctor bag & briefcase Bonia. Lawa gila tapi bila tengok price tag harus iols berhenti bernafas selama 10 saat. Harga beg ittew RM699 setiap satu sundels! Ko tak pengsan? Kalau beli dua dah RM1400. Biarpun dah diskaun tapi iols tetap tak mampu beli. Iols rasa dengan tag harga macam ittew memang tak berbaloi untuk dibeli tapi tak tahulah kalau ada hamba ALLAH S.W.T yang bermurah hati nak bagi iols pada 1 Jun nie kann? Oops!



Tak dapat dua-dua dapat satu pun jadilah. Iols memang suka dengan doctor bag sebab design dia yang unik. Kalau dulu iols suka sangat dengan doctor bag dari Aigner & Prada tapi tak mampu nak beli. Sekarang dah mampu berangan-angan pakai doctor bag Bonia walaupun masih tak mampu beli. Hiks. Warna dia dark brown dan cuma tinggal satu kat dalam wagon ittew. Sesiapa yang bermurah hati bolehlah cari kat wagon ittew. *Hint hint*



Tengah jalan-jalan iols nampak satu trench coat yang chantek kat Agenda. Keji kan Agenda nie baju dia semua chantek-chantek. Vest yang iols beli dulu pon dari Agenda jugak. Kenapalah takde brand Agenda for men or Agenda Homme ek? Kalau tak harus iols borong. Trench coat Agenda ittew comes with a matching coat, pants and skirt. Harus iols terjatuh hati kat padanan trench coat dan seluar dia yerr…



Sebab utama iols minat kat design dia sebab materialnya dari fabric tweed dan corak dia checkered. Harus sebijik macam rekaan Gucci musim nie yerr… Tapi iols tak jadik beli sebab malas nak try. Nanti mesti jadik macam kes tahun lepas bila ada cashier mempersoalkan kenapa iols beli vest cikki depan Mummykins yerr. Motif dia siap komen iols lelaki so takley pakai vest cikki? Sejak bila pulak Jusco ada hired fashion police mahupun stylist? Tapi iols nie kann jenis keras kepala & akan sedaya upaya dapatkan apa yang iols nak. So iols suruh Teddytalez simpankan untuk iols try. Bagus gaks kalau ada orang yang kita kenal nie ek?
Heheks! Matilah friends with benefits.


Tapi my value buy yang rasa berbaloi sangat bukanlah cikkap mahupon beg ataupun trench coat tapi benda kat bawah nie. Merasalah shoe wardrobe iols lepas nie penuh kann?





Pilih jangan tak pilih



Pengsan kann tengok? Beli setiap warna yang dijual katanya! Ala… Murah uols. Baru RM0.90 sepasang. Harus iols borong setiap warna yerr… Bolehlah iols match ikut warna baju lepas nie walaupon iols dinch pakai selipar kalau keluar. Heheks! Memang bargain sebab biasanya kalau kat luar harganya about RM2.00 sepasang. Tapi yang nie lagi murah ditambah pula dengan kelembutan yang amat sangat. Yes uols… Lembut dia ala selipar Roxy. Tapi iols percaya pakai tak sampai 20 kali akan menipis ataupon tercabut terus. Tapi iols peduli apa sebab harga dia murah. Kalau hilang kat Sunway Lagoon pon harus tak makan hati sebab mampu beli lagi 20 pasang. Kann Awan Roslee kann? Oops! *Matilamak statement carik gaduh kann?*


Happynya iols lepas shopping!






Yang penting iols ada voucher RM80




P/S: Semua yang berlaku ada hikmahnya

Tuesday, April 1, 2008

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008

Uiks! Entry iols kali nie pasal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 yang baru sajork berlangsung. Walaupun uols semua dah tahu siapa yang telah pun bergelar juara namun iols ingin ketengahkan dari perspektif iols pulak. Eh? Motif feeling-feeling juri jemputan? Ahaks! Ahaks! Seperti biasa ABPBH diadakan di Arena of Stars Genting Highland sampaikan iols terfikir takde kerr tempat lain di Malaysia nie yang sesuai untuk buat anugerah. Dari Anugerah Era, Anugerah Industri Muzik sampailah ke Anugerah Bintang Popular semua nak buat kat Arena of Stars Genting Highland. Kalau dulu waktu mula-mula buat anugerah dekat sittew rasa excitedlah jugak. Almaklumlah bolehlah feeling-feeling kat Grammy Awards siap pakai fur coat Fendi kann? Merasalah J.Lo makan hati kann? Tapi kalau sampai ada artis yang meninggal kat sana tetap tak berubah tempat iols dah mula rasa bosan.



Matilah lepas nie kena kutuk dengan PETA sebab pakai fur

Ok berbalik pada ABP… Tahun nie temanya adalah Batik Glam. Walaupun ini bukanlah kali pertama anugerah di Malaysia nie mengetengahkan tema batik ( sebab sebelum nie Anugerah Era dah pun mengetengahkan tema tersebut ) namun iols tetap excited untuk melihat karya-karya agung pereka-pereka fesyen tempatan kita. Tu dia… Karya agung katanya! Ko ingat ko Valentino yang dah bersara kah?

Tahun nie ABP berjaya membuat pembaharuan dari segi opening kerana buat pertama kalinya Datuk Siti Nurhaliza membuat persembahan di awal rancangan. Kalau sebelum nie Datuk Siti Nurahaliza akan diletakkan di akhir rancangan dengan tujuan untuk membuatkan para penonton tidak berganjak tetapi bukan untuk kali nie. So bagi sesiapa yang begitu konfiden taknak tengok dari awal maka makan hatilah uols. Datuk Siti Nurhaliza membuka tirai ABP 2008 dengan menyanyikan lagu hitnya sekarang nie iaitu Ku Mahu. Persembahan Datuk Siti Nurhaliza kali nie agak menarik perhatian kerana menampilkan persembahan ala-ala cerita dari Vanezuela gittew. Daripada kostum sampailah ke arrangement semuanya nampak kena dengan lagu. Tapi iols sedikit terkilan bila part Datuk Siti Nurhaliza nak self-dance ala Jennifer Lopez. Waktu intro bukan main dengan punggung tonggek mengalahkan Ziana Zain tapi hampeh. Sebab Datuk Siti Nurhaliza hanyalah menari lite-lite suki ala-ala nak tak nak. Sedih kan?

Lepas sajork persempahan Datuk Siti Nurhaliza maka diperkenalkan pengacara kanugerah untuk malam ittew iaitu Fauziah Ahmad Daud atau lebih popular dengan panggilan Ogy dan Raja Azura yang juga terkenal sebagai Kak Engku. Sebaik saja kedua-dua pengacara muncul iols terus pengsan. Iols memang tak pernah faham dengan designer Malaysia nie. Kalau cakap tema batik mesti buat design batik ikat celup. Dah takde teknik lainkah yang boleh digunakan? Iols memang sedih dengan baju mereka berdua nie. Rasanya lagi cantik kain langsir kat rumah iols nie. Yang lebih menyedihkan baju tukang bawak hadiah jauh lebih glam siap berbolero fur segala. Iols difahamkan yang baju Kak Engku dari PKNS Shah Alam? Memang patut pon. Design dia very the corak pembalut tuala wanita Laurier circa 2000. Uols perasan kann corak spiral pelbagai warna ittew. Tapi iols suka dengan mekap Kak Engku. Nampaklah cantik untuk malam ittew. Baju Ogy pulak very the peta yerr… Iols tak nampak motif yang cuba ditonjolkan sebab iols hanya nampak laut dan bumi gersang, tandus sajork. Tapi satu yang iols puji turban yang Kak Ogy pakai. Camelia pon mesti makan hati uols. Tak perlu ber Prada segala tapi tetap Velvet!
Pemilihan pengacara kali nie memang iols suka. Sebenarnya kalau untuk majlis anugerah, iols suka sangat Sarimah Ibrahim, Kak Ogy, Kak Engku, Aznil Haji Nawawi & Afdlin Shauki. Kalau bagi pengacara lain pada iols kureng sikit especially kalau bagi kat Bob Lokman & Najib Ali. Memanglah iols terus tutup TV. Tapi iols paling suka dengan statement baru Kak Engku & Kak Ogy kita. Kalau tahun lepas diorang guna “Kalau tak suka…tolong tutup telinga” tapi tahun nie ditukar pulak menjadi “Kalau tak suka…tikamlah diri sendiri”. Walaupun kedengaran agak sinis tapi iols memang suka.

Penyampai pertama untuk malam ittew ialah Nabil Raja lawak, Zul Yahya dan Sharifah Shahira. Kalau tadi iols pengsan tengok pakaian pengacara kita, kali nie iols buta sekejap bila tengok baju Zul Yahya. Ya ampun baju dia buruk yang amat yerr… Ko ingat ko pokok krismas? Dengan kain berkilat mengelip ditambah batu-batu kristal harus M.Daud Kilau gulung tikar lepas nie yerr… Time diumumkan pemenang anugerah iaitu Fara Fauzana kamera focus pada seorang penonton. Iols nampak ada sorang fefonens lengkap berfur coat segala. Siap beriben sebesar alam nie. Ko tak pengsan? Dua kali lagi kamera zoom kat dia. Makan hati sangat kann? Iols suka dengan pilihan pakaian Fara Fauzana kali nie. Fara mengenakan dress Rizalman Ibrahim dari koleksi Mega Mendung. Rambut baru Fara setelah dipotong pendek lawa gila. Iols salute kat Fara sebab dia tak obses dengan fesyen rambut bob Victoria Beckham. Tapi iols perasan orang kat sebelah Fara Fauzana lebih cantik dress dia. Perempuan tu mengenakan sehelai dress hitam dan dipadankan denga cape Rizalman Ibrahim koleksi Mega Mendung jugak.


Camnielah cape Mega Mendung rekaan Rizalman Ibrahim yang dipakai oleh wanita ittew.


Lagi cantik bila dia padankan dengan dress hitam cam kat atas nie.




Penyampai kedua pulak ialah Faizal Ismail. Bila nampak Faizal Ismail keluar sajork iols koma 5 minit. Faizal pakai baju pink uols! Lengkap berpelangi bagai. Motif yang ingin disampaikan? Adakah ko gay atau fefonens? Hanya FBI yang tahu.

Persembahan kedua daripada Heliza & Mawi. Bila Heliza keluar sajork iols terus berguling-guling kat lantai. Baju Heliza sebijik macam clown kat taman tema. Keji kan Astro bagi dia baju macam ittew? Iols rasa kesian jugak. Kalau dulu kat Akademi Fantasia baju dia dah cukup buruk tapi kali nie yang paling buruk pernah iols tengok. Bayangkan baju kaler biru bercampur hijau fluorescent. Ditambah pulak dengan head gear berlubang kat tengah. Walaupun berpasangan denga badut sarkas tapi Mawi tampil segal dengan sepasang sut berwarna hijau taik ayam.Iols memang tak nafikan walaupun warnanya agak unik (Baca:Pelik) tapi iols akui sut Mawi memang lawa. Walaupun fabric yang digunakan berlip-lap segala tapi taklah macam M.Daud Kilau. Disebabkan iols begitu kesian melihat pakaian yang digayakan oleh Heliza pada malam ittew, iols bagilah beberapa option yang Heliza boleh pertimbangkan untuk show-show lepas nie. Antaranya ialah :



Tue dia... Mungkinkah head gear Heliza sama dengan di atas?



Yang nie boleh feeling-feeling avant-garde



Kalau yang nie pasti terserlah keayuan Heliza





Kalau Heliza pakai nie sure Ramlah Ram nangis sembah ratu!




Penyampai anugerah seterusnya ialah para pelakon dari filem Cuci. Motif baju AC Mizal sama dengan Mawi berlip lap segala? Kesian Hans Isaac kena perli sebab kena sampaikan Anugerah Kumpulan Nasyid Popular. Keji kann? Seperti yang dijangka Rabbani berjaya menggondol Anugerah Kumpulan Nasyid Popular. Iols tertanya-tanya apa dah jadi dengan Raihan? Kalau dulu Raihanlah pengasas nasyid di Malaysia tapi sekarang macam tak naik langsung. Kostum Rabbani nampaknya masih tidak banyak berubah dari tahun-tahun yang lepas. Mereka masih mengekalkan imej nasyid budak baik dengan kombinasi warna hitam dan putih dipadankan dengan skaf (or is it necktie?) bermotifkan spiral ala Tom Abang Saufi. Or is it from Kamdar? Harus TAS makan hati ye tengok trademarknya dah banyak dicopy sekarang nie.

Penyampai anugerah yang keempat pada malam ittew bertukar pula kepada Ngasriah Ngasri, Iqram Dinzly & Nor Khairiah. Iols suka sangat dengan baju Nor Khairiah. Amir Luqman yang design baju ittew. Apa yang buat iols tertarik sangat dengan design baju ittew sebab nampak very the Audrey Hepburn versi baru. Norkhairiah nampak comel sangat dalam dress Amir Luqman. Tapi iols tengok Sheila very the kekwat nie main hulur tangan sajork. Sian ko tak dpt sambutan. Perlu ke nak sebut apa-apa aje? Tak perlu kott…

Persembahan seterusnya dari Liza Hanim. Iols suka sangat dengan contact lens Liza Hanim. Contact lens dia kaler hijau matching dengan dress dan eyeshadownya. Iols dah lama tak tengok Liza Hanim buat persembahan kat award show. Suara dia masih lagi mantap dan bertenaga. Tapi yang paling hebatnya ialah kulit Liza Hanim yang begitu flawless sekali. Kalau dulu siap berlopak, berkawah segala tapi malam ittew kulit dia begitu mulus sekali. Hebat sungguh penangan Kryolan yerr? Hiks! Bagi iols nombor make-up artist dia.

Tiba pula giliran Nora Danish, Noryn Aziz dan Nurul untuk menyampaikan anugerah seterusnya. Memang patut Kak Ogy digelar pelakon bermulut laser. Dengan muka penuh selamba dia memperkenalkan Nora Danish sebagai pelakon jangan rampas suamiku. Boleh gittew? Muka Nora Danish serta-merta berubah yerr… Dahlah mekap dia very the buruk ditambah pula dengan muka paiseh dan dress yang tersangatlah makciknya ittew. Memang pakej lengkap yerr... Kak Zura iols mintak banyak-banyak kalau iols kutuk dress uols ittew. Untuk pengetahuan semua dress yang digayakan oleh Nora Danish ittew merupakan rekaan Nor Azura Mazaruddin. Azura nie adalah pemenang Anugerah Jarum Berlian sebelum Hatta Dolmat. Tapi dalam pada buruk-buruk pon tetap menang Best Dress Awards uols. Ko tak pengsan?


Akak peduli apa ko nak kutuk yang penting akak menang best dress.


Dress Noryn Aziz very the Balenciaga meets Christian Dior. Kalau tahun lepas Noryn memilih untuk menggayakan little black dress tapi tahun nie dia memilih dress kuning perincian drapping di pinggul rekaan Calvin Thoo. Baju Dafi nampak smart sangat. Dafi nampak sedikit macho dalam persalinan serba putih rekaan Hazwani Othman.



Makan hatilah Ziffy dah berubah menjadi macho katanya!


Iols tengok baju Mila teramatlah chic. Trench coat bermotif flora. Selain dari trench coat yang nampak cukup chic ittew iols paling terpikat dengan gladiator sandal yang dia pakai. Hatta memang ikut perkembangan terkini yerr…Rekaan Hatta Dolmat kali begitu berbeza dengan rekaan dia sebelum nie sekaligus berjaya menampilkan imej Mila sebagai the modern fashionista! Hatta juga berjaya melarikan diri dari mereka rekaan yang tipikal menggunakan batik. Syabas Hatta Dolmat!



Mila chic sangats kann?





Penyampai anugerah seterusnya ialah Erra Fazira, Diana Danielle & Syamsul Yusof. Iols rasalah kann sebenarnya tema ABP tahun nie bukannya Batik Glam tapi melahar-dan-melaser-artis –lain-sesuka-hati-anda. Tak percaya? Tengok jerr lah macam mana Erra Fazira melaser Diana Danielle dan Syamsul Yusof bila berpakaian sedondon. Very the kata-kata mengikut pengalaman kann? Motif siapa suruh dulu ko feeling-feeling nak jadi Posh nak samakan dress code Yusry dengan ko? Kan dah merasa. Tapi iols very kesian tengok baju Erra tahun nie. Baju Erra very the baju lama pakai balik. Perasan tak lace yang dia pakai kat dalam kan dah pernah pakai before this? Dress kuningnya pulak very the dress Fazura yang dipakai ke Anugerah Juara Lagu sebelum nie. Cuma dress Fazura separas lutut dan sesimple alam. Dress Erra pula dipanjangkan dan ditambah dengan sdikit perincian manik dan kristal segala. Tapi bezanya baju Erra adalah rekaan Rizman Ruzaini dan baju Fazura pula ialah rekaan pereka lain.

Persembahan Datuk Jalaluddin Hassan memang betul-betul mengejutkan. At first iols ingat dia nak buat persembahan ala sketsa pendek macam kat sekolah-sekolah sajork. Tiba-tiba dia keluar nyanyi lagu Beautiful Maria. Ko tak pengsan? Bukan setakat hebat berlakon, malah mampu menyanyi dengan baik sekali. Patutlah semua wanita sukakan dia. Ahaks! Ahaks! Untung Pink Girl ada pakcik macam dia kann? Untuk menambah seri pada persembahan tersebut, tiga artis wanita yang cukup popular telah diambil untuk menjadi penari latar. Iols terpegun melihat dress yang dipakai oleh Dynas. Cantik sungguh dress ittew. Dress hitam siap berkorset ittew terletak cantik di tubuh tinggi lampai Dynas. At first I thought dress ittew merupakan rekaan Rizalman Ibrahim. Tapi ternyata sangkaan iols ittew meleset sama sekali sebab dress ittew merupakan rekaan Zery Zamry.

Estranged berjaya merangkul satu anugerah pada malam ittew. Iols suka iols suka. Iols suka sangat bila Estranged menang sebab iols boleh tengok kecandoan Andy.Hiks. Yang penting iols suka sangat slanga bila Andy bercakap. Tak macam yang lain very the ulu. Slanga diorang bila cakap very the kelakar yerr…









Candonyer Andy...








Persembahan Meet Uncle Hussein dengan mendendangkan Lagu Untukmu biasa sajork. Nothing special. Tapi iols paling suka dengan persembahan Anuar Zain, Atilia dan Bob. Masing-masib nyanyi lagu Anuar Zain. Motif tribute to Anuar Zain? Nak kata bersara dari dunia seni tidak, nak kata dah meninggal jauh sekali. Oops! Ittew semua tak penting. Yang penting lagu dia semua sedap-sedap yer… Bob bawak lagu Jangan Bersedih Lagi manakala Atilia bawak lagu Mungkin. Vokal Atilia memang best masa bawak lagu nie. Personally iols rasa Atilia nyanyi lagu Anuar Zain lebih sedap dari Ziana Zain nyanyi masa kat Anugerah Juara Lagu yang lalu.

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik dimenangi oleh Rusdi Ramly manakala Anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Fasha Sandha. Iols memang dah agak yang Fasha akan menang tapi iols memang tak sangka Rusdi akan menang. Tapi dah memang rezeki dia kann. Masa Fasha bangun iols suka sangat tengok dress dia tapi bila berjalan sajork iols tarik balik rasa teruja tadi. Mana taknya, dress yang dah tersedia cantik ittew telah dicacatkan oleh kain net yang ils rasakan tak perlu ittew. Adalah lebih baik kalau dress ittew dijadikan bubble dress sajork. Kain net ittew baik didermakan kepada Lea Laurielle untuk dibuat drag show lagu The Right Man yerr.

Tirai Anugerah Bintang Popular tahun nie diakhiri dengan persembahan penutup oleh Ning Baizura dengan lagu Age Of Pollution. Persembahan Ning kali nie saling tak tumpah macam Kylie Minogue. Very the kann? Lepas ittew iols tengok pakaian Ning pon macam takde motif batik pon. Baju dia pon memang nampak beli siap off the rack. Dan seperti yang telah kita jangka Mawi berjaya mengekalkan takhtanya sebaga Artis Paling Popular ABP tahun nie. Tahniah yer Mawi.