Thursday, March 20, 2008

KuiZ TeKa-TeKi





Uiks! Musti uols semua bingung & tertanya-tanya kann apa entry yang akan iols nak ketengahkan hari ni? Cube tengok betul-betul… Apa kesimpulan yang dapat dibuat menerusi gambarajah di atas? Tak dapat gaks? Sah-sah uols nie semua lumpy. Anak buah Purple Bubble kah? *Matilah statement!Lariikkkk!!!!!*

Uols dah dapat belum jawapannya? Nak tau jawapannya? Jeng jeng jeng… Tunggu…
Iols suka kan wat surprise camnie? Heheks!

Saturday, March 15, 2008

Enjoy~

Uiks! Lama sungguh iols tak singgah kat blog iols nie. Nasib baiklah blog nie direka di laman siber kalau tak merasalah blog iols dah berdebu, bersarang & bersawang. Heheks! Dewasa nie iols begitu sibuk menjalani aktiviti harian iols. (Motif ingat ko YB busy memanjang?)

So untuk mengubati kerinduan iols tataplah entry iols kali nie puas-puas. Iols tau uols musti suka entry yang ala-ala macam nie. Ahaks! Ahaks! Doakan sekali virus kemalasan-nak-update-blog iols nie tak menular ke seluruh badan. Amin. Enjoy~










Uols tak pengsan kalau tiba-tiba dapat girlfriend macam tu? Nasib baik girlfriend dia muka cantik tak pecah lobang. Kalau macam nie?



"Lihatlah dunia...chantek kan akak?"



P/S : Iols pengsan.

Sunday, March 9, 2008

Ceritera Pilihanraya

Uiks! Diam tak diam dah masuk musim pilihanraya ek negara kita nie. Hari nie pon merupakan hari rasmi untuk mengundi. So pagi-pagi lagi seluruh rakyat Malaysia dah keluar untuk menyempurnakan tanggungjawab masing-masing. Cuma iols jerr yang masih tak bertanggungjawab. Hiks.

Dalam pada tak bertanggungjawab tu iols tetap awal-awal pagi lagi dah bangun. Penuh bersemangat nie. Tapi iols bangun pagi bukan untuk mengundi tapi untuk sarapan. Hiks! Keji kan? Almaklumlah iols nie masih belom layak mengundi lagi. Bawah umur katakan. Oops! Bawah umur katanya! Untuk pengetahuan uols semua yang membaca iols nie unik sikit. Nak-nak bila bab umur sebab umur iols sampai 16tahun jerr. Pastu sampai bila-bila pon umur iols stuck kat 16tahun. Sebab tue iols nampak awet muda. Matilamak curi statement seseorang. Siapa punya tatau. Heheks!

Tapi dalam pada tak mengundi tue, iols sempat jugak temankan Sir Mugen pergi mengundi. Sir Mugen mengundi kat Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2. Haruslah sekolah tue bekas sekolah rendah iols yer! Daddykins & Mummykins pulak mengundi dekat Masai. Iols tengok sekolah tue masih tak berubah uols! Bayangkan dah berapa belas tahun iols tinggalkan sekolah tu, cat pon masih tak bertukar. Harus sengkek yer PIBG dia. Lukisan mural kat dinding tue semua masih lagi sama macam dolu. Cuma yang tak samanya sekarang mural tue dah siap terkopek akibat dari hakisan cuaca. Sah-sah diorang nie tak pakai Dulux Paint Weatherbond kan? Heheks! Tapi ada jugak baiknya sebab iols boleh mengimbas kembali kenangan silam sepanjang belajar di sekolah tue. Tempat iols tukar baju time PJK. Tempat iols ambil gambar. Jangan main-main, kecik-kecik lagi dah tau camner nak cam whoring yer. Ahaks! Ahaks!

Hurm…Bercerita mengenai hari mengundi barulah iols tau yang family iols nie ada sejarah menarik mengenai hari mengundi nie. Seperti yang uols semua maklum pilihanraya di Malaysia nie diadakan 4-5 tahun sekali. So ittew bermakna bahawa hari mengundi pon secara automatiknya diadakan 4-5 tahun sekali selaras dengan pilihanraya. Nasib baik 4-5 tahun sekali, kalo tiap-tiap tahun matilah kerajaan nak bagi duit tambang segala kepada semua rakyant Malaysia yang mengundi. Harga tiket bas pon melambung sampai 2-3 kali ganda. Merasalah semua tauke bas kaya ya! Harus iols pon nak bukak syarikat pengangkutan awam sendiri. Class uols!

Nak dijadikan cerita salah satu hari mengundi yang lepas telah jatuh pada 3 Ogos 1986. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, maka Daddykins & Mummykins pon menjalankan tanggungjawab mereka iaitu mengundi. So pagi-pagi lagi Daddykins & Mummykins dah keluar rumah untuk pergi mengundi. Iols tataulah kalo diorang pergi mengundi pagi ker petang sebab iols dinch ada di tempat kejadian ketika ittew. So lepas jer selesai proses mengundi pada sebelah petangnya terjadi sesuatu peristiwa yang tak dijangka. Musti uols semua tertanya-tanya kan apakah kejadian yang telah berlaku? Heheks! Suspen nie. Rusuhan ker? Teruskan membaca yer…

Pada petang hari tersebut tengah Daddykins & Mummykins berehat di rumah tiba-tiba Mummykin menjerit! Of courselah seisi rumah tue terkejut kan sebab tiba-tiba jerr Mummykins menjerit. Mummykins meraung, menjerit tak henti-henti dengan nafas yang tercungap-cungap. Mummykins mengadu rasa sakit sangat pada petang tue. Mungkinkah Mummykins terkena buatan orang. Nah. Dinch mungkin sebab Mumykins baik. Haruslah iols cakap Mummykins baik kan sebab Mummykins kan bonda tercinta iols. Heheks! Iols pon dinch tau kenapa tiba-tiba Mummykins menjerit bagaikan terkena histeria. Takut jugak ek kalo tetiba Mummykins berubah…”Siapa kau?”…” Bapak kau!”… Heheks! Harus imaginasi yang amat tinggi kann?

Disebabkan takut sakit yang ditanggung melarat, Mummykins terpaksa dikejarkan ke hospital. So Daddykins pon bagitau saudara-mara yang terdekat. Masa tu nenda & Dr.Jones pon ikut gaks. Harus masing-masing gabra ye. Sampai jerr kat Hospital Sultanah Aminah, Mummykins ditempatkan di dalam wad kecemasan. Orang cakap suara Mummykins meraung masa tue teramatlah kuat. Sampai kat luar wad pon boleh dengar. Tapi iols dinch taulah suara yang macam mana. Kot-kot nyaring macam Ziana Zain nyanyi puncak kasih siap angkat-angkat kening ker.


Puncak kasih kita...

Tak pon ala-ala suara macho Dato’ Jalaluddin Hassan kann. Ker Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar dalam cerita Wali? Matilamak dapat tau Mummykins tetiba tukar jantina kan? Siap jadi mummy chicken nie buat drag show complete bertiara & bercontact lens kelabu segala. Ko ingat ko Man Thailand kah? Oops! Lariikkk!!! Heheks!

Mummykins terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk satu jangka masa yang agak lama. Bayangkan dari petang sampai pagi esoknya Mummykins masih kat dalam wad. Daddykinslah yang paling risau. Mummykins menjerit tak henti-henti. Rasanya kalau time tu Mummykins apply kerja jadik penyanyi latar mesti dapat kann? Heheks! Tapi keadaan menjadi bertambah tegang bila para doktor yang ada kat dalam tu pon turut menjerit. Tak cukup dengan tue, jururawat pon keluar masuk macam supermodel Victoria Secret’s tukar baju. Mummykins mengerang, menjerit, meraung dah segala mer lagilah. Kali nie lagi kuat dari yang sebelumnya.

Tiba-tiba doktor keluar dari wad.Dia cakap keadaan Mummykins tak apa-apa. Daddykins dibenarkan untuk melihat Mummykins. Rupa-rupanya family iols mendapat khabar berita baik. Setelah sembilan bulan berapa hari entah Mummykins sarat mengandung, maka pada hari yang penuh bersejarah ittew Mummykins telah melahirkan Vegenazah! Yeah uols! Iols dapat adik baru pada hari yang penuh bersejarah ittew. Adalah jugak kawan untuk diajak mendrag. Matilamak!


Kandryxx & Vegenazah bersatu


Tapi iols tataulah apa perasaan iols masa tue sebab iols kecik lagi masa tue. Mummykins kata iols kecik-kecik saiz memang tak besar sebab iols lahir tak cukup bulan. Siap masuk ancubator lagi! Eh? Betul kerr iols eja nie? Lantakaulalabu janji uols faham sudah. Ancubator tue ala-ala bekas plastic yang besar untuk isi baby yang baru lahir. Kegunaannya adalah untuk membantu pernafasan baby yang lahir tak cukup bulan. Iols bukan cacat yer just tak cukup bulan jerr. Bila Mummykins bawak iols keluar semua cakap Mummykins gila sebab dukung anak patung. Merasalah iols kecik-kecik feeling-feeling jadik Barbie ye. Oops! Saiz tapak kaki iols besar ibu jari jerr. Tapi saiz ibu jari iols sekaranglah. Jangan uols pergi ukur ikut saiz ibu jari Adibah Noor. Harus bukan saiz kaki iols. Heheks! Time iols dilahirkan pon senang sebab tak payah teran dah keluar. Motif? Mummykins guna minyak pelincirkah? Oops! Iols pon tak nangis langsung. Harus semua ingat yang iols bisu kan? Tapi nasib baiklah iols membesar bersaiz normal walaupon iols nie dinch normal pada pandangan masyarakat. Oops! Matilamak melatah. Iols larik bawak diri ke Moscow dolu yerr…