Tuesday, April 1, 2008

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008

Uiks! Entry iols kali nie pasal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 yang baru sajork berlangsung. Walaupun uols semua dah tahu siapa yang telah pun bergelar juara namun iols ingin ketengahkan dari perspektif iols pulak. Eh? Motif feeling-feeling juri jemputan? Ahaks! Ahaks! Seperti biasa ABPBH diadakan di Arena of Stars Genting Highland sampaikan iols terfikir takde kerr tempat lain di Malaysia nie yang sesuai untuk buat anugerah. Dari Anugerah Era, Anugerah Industri Muzik sampailah ke Anugerah Bintang Popular semua nak buat kat Arena of Stars Genting Highland. Kalau dulu waktu mula-mula buat anugerah dekat sittew rasa excitedlah jugak. Almaklumlah bolehlah feeling-feeling kat Grammy Awards siap pakai fur coat Fendi kann? Merasalah J.Lo makan hati kann? Tapi kalau sampai ada artis yang meninggal kat sana tetap tak berubah tempat iols dah mula rasa bosan.



Matilah lepas nie kena kutuk dengan PETA sebab pakai fur

Ok berbalik pada ABP… Tahun nie temanya adalah Batik Glam. Walaupun ini bukanlah kali pertama anugerah di Malaysia nie mengetengahkan tema batik ( sebab sebelum nie Anugerah Era dah pun mengetengahkan tema tersebut ) namun iols tetap excited untuk melihat karya-karya agung pereka-pereka fesyen tempatan kita. Tu dia… Karya agung katanya! Ko ingat ko Valentino yang dah bersara kah?

Tahun nie ABP berjaya membuat pembaharuan dari segi opening kerana buat pertama kalinya Datuk Siti Nurhaliza membuat persembahan di awal rancangan. Kalau sebelum nie Datuk Siti Nurahaliza akan diletakkan di akhir rancangan dengan tujuan untuk membuatkan para penonton tidak berganjak tetapi bukan untuk kali nie. So bagi sesiapa yang begitu konfiden taknak tengok dari awal maka makan hatilah uols. Datuk Siti Nurhaliza membuka tirai ABP 2008 dengan menyanyikan lagu hitnya sekarang nie iaitu Ku Mahu. Persembahan Datuk Siti Nurhaliza kali nie agak menarik perhatian kerana menampilkan persembahan ala-ala cerita dari Vanezuela gittew. Daripada kostum sampailah ke arrangement semuanya nampak kena dengan lagu. Tapi iols sedikit terkilan bila part Datuk Siti Nurhaliza nak self-dance ala Jennifer Lopez. Waktu intro bukan main dengan punggung tonggek mengalahkan Ziana Zain tapi hampeh. Sebab Datuk Siti Nurhaliza hanyalah menari lite-lite suki ala-ala nak tak nak. Sedih kan?

Lepas sajork persempahan Datuk Siti Nurhaliza maka diperkenalkan pengacara kanugerah untuk malam ittew iaitu Fauziah Ahmad Daud atau lebih popular dengan panggilan Ogy dan Raja Azura yang juga terkenal sebagai Kak Engku. Sebaik saja kedua-dua pengacara muncul iols terus pengsan. Iols memang tak pernah faham dengan designer Malaysia nie. Kalau cakap tema batik mesti buat design batik ikat celup. Dah takde teknik lainkah yang boleh digunakan? Iols memang sedih dengan baju mereka berdua nie. Rasanya lagi cantik kain langsir kat rumah iols nie. Yang lebih menyedihkan baju tukang bawak hadiah jauh lebih glam siap berbolero fur segala. Iols difahamkan yang baju Kak Engku dari PKNS Shah Alam? Memang patut pon. Design dia very the corak pembalut tuala wanita Laurier circa 2000. Uols perasan kann corak spiral pelbagai warna ittew. Tapi iols suka dengan mekap Kak Engku. Nampaklah cantik untuk malam ittew. Baju Ogy pulak very the peta yerr… Iols tak nampak motif yang cuba ditonjolkan sebab iols hanya nampak laut dan bumi gersang, tandus sajork. Tapi satu yang iols puji turban yang Kak Ogy pakai. Camelia pon mesti makan hati uols. Tak perlu ber Prada segala tapi tetap Velvet!
Pemilihan pengacara kali nie memang iols suka. Sebenarnya kalau untuk majlis anugerah, iols suka sangat Sarimah Ibrahim, Kak Ogy, Kak Engku, Aznil Haji Nawawi & Afdlin Shauki. Kalau bagi pengacara lain pada iols kureng sikit especially kalau bagi kat Bob Lokman & Najib Ali. Memanglah iols terus tutup TV. Tapi iols paling suka dengan statement baru Kak Engku & Kak Ogy kita. Kalau tahun lepas diorang guna “Kalau tak suka…tolong tutup telinga” tapi tahun nie ditukar pulak menjadi “Kalau tak suka…tikamlah diri sendiri”. Walaupun kedengaran agak sinis tapi iols memang suka.

Penyampai pertama untuk malam ittew ialah Nabil Raja lawak, Zul Yahya dan Sharifah Shahira. Kalau tadi iols pengsan tengok pakaian pengacara kita, kali nie iols buta sekejap bila tengok baju Zul Yahya. Ya ampun baju dia buruk yang amat yerr… Ko ingat ko pokok krismas? Dengan kain berkilat mengelip ditambah batu-batu kristal harus M.Daud Kilau gulung tikar lepas nie yerr… Time diumumkan pemenang anugerah iaitu Fara Fauzana kamera focus pada seorang penonton. Iols nampak ada sorang fefonens lengkap berfur coat segala. Siap beriben sebesar alam nie. Ko tak pengsan? Dua kali lagi kamera zoom kat dia. Makan hati sangat kann? Iols suka dengan pilihan pakaian Fara Fauzana kali nie. Fara mengenakan dress Rizalman Ibrahim dari koleksi Mega Mendung. Rambut baru Fara setelah dipotong pendek lawa gila. Iols salute kat Fara sebab dia tak obses dengan fesyen rambut bob Victoria Beckham. Tapi iols perasan orang kat sebelah Fara Fauzana lebih cantik dress dia. Perempuan tu mengenakan sehelai dress hitam dan dipadankan denga cape Rizalman Ibrahim koleksi Mega Mendung jugak.


Camnielah cape Mega Mendung rekaan Rizalman Ibrahim yang dipakai oleh wanita ittew.


Lagi cantik bila dia padankan dengan dress hitam cam kat atas nie.




Penyampai kedua pulak ialah Faizal Ismail. Bila nampak Faizal Ismail keluar sajork iols koma 5 minit. Faizal pakai baju pink uols! Lengkap berpelangi bagai. Motif yang ingin disampaikan? Adakah ko gay atau fefonens? Hanya FBI yang tahu.

Persembahan kedua daripada Heliza & Mawi. Bila Heliza keluar sajork iols terus berguling-guling kat lantai. Baju Heliza sebijik macam clown kat taman tema. Keji kan Astro bagi dia baju macam ittew? Iols rasa kesian jugak. Kalau dulu kat Akademi Fantasia baju dia dah cukup buruk tapi kali nie yang paling buruk pernah iols tengok. Bayangkan baju kaler biru bercampur hijau fluorescent. Ditambah pulak dengan head gear berlubang kat tengah. Walaupun berpasangan denga badut sarkas tapi Mawi tampil segal dengan sepasang sut berwarna hijau taik ayam.Iols memang tak nafikan walaupun warnanya agak unik (Baca:Pelik) tapi iols akui sut Mawi memang lawa. Walaupun fabric yang digunakan berlip-lap segala tapi taklah macam M.Daud Kilau. Disebabkan iols begitu kesian melihat pakaian yang digayakan oleh Heliza pada malam ittew, iols bagilah beberapa option yang Heliza boleh pertimbangkan untuk show-show lepas nie. Antaranya ialah :



Tue dia... Mungkinkah head gear Heliza sama dengan di atas?



Yang nie boleh feeling-feeling avant-garde



Kalau yang nie pasti terserlah keayuan Heliza





Kalau Heliza pakai nie sure Ramlah Ram nangis sembah ratu!




Penyampai anugerah seterusnya ialah para pelakon dari filem Cuci. Motif baju AC Mizal sama dengan Mawi berlip lap segala? Kesian Hans Isaac kena perli sebab kena sampaikan Anugerah Kumpulan Nasyid Popular. Keji kann? Seperti yang dijangka Rabbani berjaya menggondol Anugerah Kumpulan Nasyid Popular. Iols tertanya-tanya apa dah jadi dengan Raihan? Kalau dulu Raihanlah pengasas nasyid di Malaysia tapi sekarang macam tak naik langsung. Kostum Rabbani nampaknya masih tidak banyak berubah dari tahun-tahun yang lepas. Mereka masih mengekalkan imej nasyid budak baik dengan kombinasi warna hitam dan putih dipadankan dengan skaf (or is it necktie?) bermotifkan spiral ala Tom Abang Saufi. Or is it from Kamdar? Harus TAS makan hati ye tengok trademarknya dah banyak dicopy sekarang nie.

Penyampai anugerah yang keempat pada malam ittew bertukar pula kepada Ngasriah Ngasri, Iqram Dinzly & Nor Khairiah. Iols suka sangat dengan baju Nor Khairiah. Amir Luqman yang design baju ittew. Apa yang buat iols tertarik sangat dengan design baju ittew sebab nampak very the Audrey Hepburn versi baru. Norkhairiah nampak comel sangat dalam dress Amir Luqman. Tapi iols tengok Sheila very the kekwat nie main hulur tangan sajork. Sian ko tak dpt sambutan. Perlu ke nak sebut apa-apa aje? Tak perlu kott…

Persembahan seterusnya dari Liza Hanim. Iols suka sangat dengan contact lens Liza Hanim. Contact lens dia kaler hijau matching dengan dress dan eyeshadownya. Iols dah lama tak tengok Liza Hanim buat persembahan kat award show. Suara dia masih lagi mantap dan bertenaga. Tapi yang paling hebatnya ialah kulit Liza Hanim yang begitu flawless sekali. Kalau dulu siap berlopak, berkawah segala tapi malam ittew kulit dia begitu mulus sekali. Hebat sungguh penangan Kryolan yerr? Hiks! Bagi iols nombor make-up artist dia.

Tiba pula giliran Nora Danish, Noryn Aziz dan Nurul untuk menyampaikan anugerah seterusnya. Memang patut Kak Ogy digelar pelakon bermulut laser. Dengan muka penuh selamba dia memperkenalkan Nora Danish sebagai pelakon jangan rampas suamiku. Boleh gittew? Muka Nora Danish serta-merta berubah yerr… Dahlah mekap dia very the buruk ditambah pula dengan muka paiseh dan dress yang tersangatlah makciknya ittew. Memang pakej lengkap yerr... Kak Zura iols mintak banyak-banyak kalau iols kutuk dress uols ittew. Untuk pengetahuan semua dress yang digayakan oleh Nora Danish ittew merupakan rekaan Nor Azura Mazaruddin. Azura nie adalah pemenang Anugerah Jarum Berlian sebelum Hatta Dolmat. Tapi dalam pada buruk-buruk pon tetap menang Best Dress Awards uols. Ko tak pengsan?


Akak peduli apa ko nak kutuk yang penting akak menang best dress.


Dress Noryn Aziz very the Balenciaga meets Christian Dior. Kalau tahun lepas Noryn memilih untuk menggayakan little black dress tapi tahun nie dia memilih dress kuning perincian drapping di pinggul rekaan Calvin Thoo. Baju Dafi nampak smart sangat. Dafi nampak sedikit macho dalam persalinan serba putih rekaan Hazwani Othman.



Makan hatilah Ziffy dah berubah menjadi macho katanya!


Iols tengok baju Mila teramatlah chic. Trench coat bermotif flora. Selain dari trench coat yang nampak cukup chic ittew iols paling terpikat dengan gladiator sandal yang dia pakai. Hatta memang ikut perkembangan terkini yerr…Rekaan Hatta Dolmat kali begitu berbeza dengan rekaan dia sebelum nie sekaligus berjaya menampilkan imej Mila sebagai the modern fashionista! Hatta juga berjaya melarikan diri dari mereka rekaan yang tipikal menggunakan batik. Syabas Hatta Dolmat!



Mila chic sangats kann?





Penyampai anugerah seterusnya ialah Erra Fazira, Diana Danielle & Syamsul Yusof. Iols rasalah kann sebenarnya tema ABP tahun nie bukannya Batik Glam tapi melahar-dan-melaser-artis –lain-sesuka-hati-anda. Tak percaya? Tengok jerr lah macam mana Erra Fazira melaser Diana Danielle dan Syamsul Yusof bila berpakaian sedondon. Very the kata-kata mengikut pengalaman kann? Motif siapa suruh dulu ko feeling-feeling nak jadi Posh nak samakan dress code Yusry dengan ko? Kan dah merasa. Tapi iols very kesian tengok baju Erra tahun nie. Baju Erra very the baju lama pakai balik. Perasan tak lace yang dia pakai kat dalam kan dah pernah pakai before this? Dress kuningnya pulak very the dress Fazura yang dipakai ke Anugerah Juara Lagu sebelum nie. Cuma dress Fazura separas lutut dan sesimple alam. Dress Erra pula dipanjangkan dan ditambah dengan sdikit perincian manik dan kristal segala. Tapi bezanya baju Erra adalah rekaan Rizman Ruzaini dan baju Fazura pula ialah rekaan pereka lain.

Persembahan Datuk Jalaluddin Hassan memang betul-betul mengejutkan. At first iols ingat dia nak buat persembahan ala sketsa pendek macam kat sekolah-sekolah sajork. Tiba-tiba dia keluar nyanyi lagu Beautiful Maria. Ko tak pengsan? Bukan setakat hebat berlakon, malah mampu menyanyi dengan baik sekali. Patutlah semua wanita sukakan dia. Ahaks! Ahaks! Untung Pink Girl ada pakcik macam dia kann? Untuk menambah seri pada persembahan tersebut, tiga artis wanita yang cukup popular telah diambil untuk menjadi penari latar. Iols terpegun melihat dress yang dipakai oleh Dynas. Cantik sungguh dress ittew. Dress hitam siap berkorset ittew terletak cantik di tubuh tinggi lampai Dynas. At first I thought dress ittew merupakan rekaan Rizalman Ibrahim. Tapi ternyata sangkaan iols ittew meleset sama sekali sebab dress ittew merupakan rekaan Zery Zamry.

Estranged berjaya merangkul satu anugerah pada malam ittew. Iols suka iols suka. Iols suka sangat bila Estranged menang sebab iols boleh tengok kecandoan Andy.Hiks. Yang penting iols suka sangat slanga bila Andy bercakap. Tak macam yang lain very the ulu. Slanga diorang bila cakap very the kelakar yerr…









Candonyer Andy...








Persembahan Meet Uncle Hussein dengan mendendangkan Lagu Untukmu biasa sajork. Nothing special. Tapi iols paling suka dengan persembahan Anuar Zain, Atilia dan Bob. Masing-masib nyanyi lagu Anuar Zain. Motif tribute to Anuar Zain? Nak kata bersara dari dunia seni tidak, nak kata dah meninggal jauh sekali. Oops! Ittew semua tak penting. Yang penting lagu dia semua sedap-sedap yer… Bob bawak lagu Jangan Bersedih Lagi manakala Atilia bawak lagu Mungkin. Vokal Atilia memang best masa bawak lagu nie. Personally iols rasa Atilia nyanyi lagu Anuar Zain lebih sedap dari Ziana Zain nyanyi masa kat Anugerah Juara Lagu yang lalu.

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik dimenangi oleh Rusdi Ramly manakala Anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Fasha Sandha. Iols memang dah agak yang Fasha akan menang tapi iols memang tak sangka Rusdi akan menang. Tapi dah memang rezeki dia kann. Masa Fasha bangun iols suka sangat tengok dress dia tapi bila berjalan sajork iols tarik balik rasa teruja tadi. Mana taknya, dress yang dah tersedia cantik ittew telah dicacatkan oleh kain net yang ils rasakan tak perlu ittew. Adalah lebih baik kalau dress ittew dijadikan bubble dress sajork. Kain net ittew baik didermakan kepada Lea Laurielle untuk dibuat drag show lagu The Right Man yerr.

Tirai Anugerah Bintang Popular tahun nie diakhiri dengan persembahan penutup oleh Ning Baizura dengan lagu Age Of Pollution. Persembahan Ning kali nie saling tak tumpah macam Kylie Minogue. Very the kann? Lepas ittew iols tengok pakaian Ning pon macam takde motif batik pon. Baju dia pon memang nampak beli siap off the rack. Dan seperti yang telah kita jangka Mawi berjaya mengekalkan takhtanya sebaga Artis Paling Popular ABP tahun nie. Tahniah yer Mawi.