Monday, September 22, 2008

Last Preparation for Majlis Berbuka Puasa

Uiks! Hari nie iols agak busy dengan persiapan akhir sebelum majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Bro Kasawari. Persiapan apa? Haa... Yang ittew iols addinch boleh beritahu dulu.

Semuanya top secret! Tunggu dah lihat occay!



Iols terkejar sana-sini untuk persiapan terakhir. Oops! Persiapan terakhirkah? Atau iols sebenarnya buat kerja last minute? Hiks!


So dengan sepenuh kudrat yang ada, iols terpaksa berkejar-kejar untuk ke beberapa tempat. So my first place untuk disinggahi ialah S-MART. But since iols telah kesuntukan masa dan dinch boleh berlengah-lengah lagi maka iols addinch sempat nak snap apa-apa pics.




Tempat seterusnya untuk dituju ialah ke Giant Plentong. Haa... Kat sini iols sempat snap beberapa pics untuk tatapan uols. Tataplah puas-puas occay!






Haa! Uols dapat teka apa yang iols nak buat?








Yes uols! Iols nak buat stickers!




Iols sangat suka dengan servis yang ditawarkan oleh pemilik premis nie yerr... (Matilamak ayat feeling-feeling skema kann?) Selain kepelbagaian design stickers yang ditawarkan, malah servis yang diberikan tersangatlah tip-top occay!



Uncle yang kerja kat sittew sentiasa tersenyum. Selain ittew jugak, beliau addinch kisah kalau uols agak cerewet seperti iols. Almaklumlah... nama pon kerja last minute kann? Confirm banyak yang nak kena diubah kann? Tapi beliau addinch tarik muka occay! Malah maintain senyum sajork. Iols respect pada tahap kesabarannya. ( BTW iols nie addinchlah kejam sangats macam sesetengah orang sampai nak tukar barang banyak-banyak kali. Oops!)



Matilamak pening nak pilih design mana satu kann?



Design yang disediakan banyak sundels! Merasalah iols confused sekejap kann? Harus rambang mata addinch tahu yang mana harus dipilih. Hiks! Takper uols... Slowly... Take a deep breath... Tarik... Hembus... Tarik... Hembus...



Untuk memudahkan kerja, iols terangkan step by step apa yang perlu dilakukan. Manalah tahu kalau-kalau one day uols pulak nak buat sticker macam iols nie. Dah senang kann?




Mula-mula uols pilih design kat dalam fail nie dulu.



Then tunjuk design yang uols pilih kat uncle yang baik hati ittew



Lepas ittew uols pilih font yang uols minat



Then uols pilih pulak sticker mana yang uols berkenan




Lepas ittew uncle tersebut dengan berbesar hati buat segala kerja seterusnya.




Jeng Jeng Jeng...



Inilah hasilnya!






Occay. Semua ittew kosnya RM 7.00 sajork. Murah kann? iols dapat 100 keping stickers semua sekali.



Oops! Terlupa pulak iols nak bagitahu. Kalau uols nak pergi , lokasinya terletak di pintu hypermarket Giant. Betul-betul kat depan kedai photo.




Occaylah. Iols berangkat setia dolu. Chow Arrivederci~

Saturday, September 13, 2008

By Invitation Katanya!

Teddytalez : Wei, 21.9.2008, Ahad ada perjumpaan blogger Johor kat Kotaraya. Bayar RM27. Iols dijemput. Huhu. Nad pon turun.


Kandryxx : Uiks! Iols nak join jugak.


Teddytalez :By invitation jelah. Huhu. Mesti ko makan hati kann. Kasawari from Kulai yang anjurkan. Maybe Kak Red and geng turun. Nie first time perjumpaan blogger kat JB yang besar-besaran. Orang Singapore pon turun JB. Nad, Shopaholic Mama pon ada. Excitednya aku. Huhu.


Kandryxx : Motif bagitahu kalau iols dinch dapat join? Keji kann? Alaa... Uols ushakanlah untuk iols.


Teddytalez : Yang paling best, Nuffnang punya wakil ada sekali. Harus le dapat hadiah macam-macam kann? Miahahaha.


Kandryxx : Waaa!!!! Iols dinch kira! Iols nak ikut jugak! Suruh Nad invite iols.


Teddytalez : Wakakaka! Aku suka tengok ko merayu-rayu. Miahahaha! Sebenarnya aku acah aje. Yang buka puasa ramai-ramai ada. 21.08.2008, hari Ahad kat Kotaraya. Yang Nuffnang and Kak Red ittew nan ado. Miahahaha! Nak ikut bayar sajork. Huhu.






Owh! Tipu iols ek? Nah! Hambek nie!





Uiks! Ittewlah antara baris-baris sms yang Teddytalez sent kat iols.Cilex kann si Teddytalez nie? Mati-matilah iols ingatkan semuanya betul. Dasar propah! KEJI and KESIAL sangats kann!!!!!!!!!!! Nasib baiklah bulan puasa uols... Kalau bukan bulan puasa harus iols karate dia occay! Eh? Laratkah iols nak karate Teddytalez? Dinch larat uols...Harus macam karate doh roti kann? Oops! Matilamak termelatah. Lariiiikkkkk!!!!!!!!!




Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!

Thursday, September 11, 2008

Trend Of The Moment : Gladiator Sandal

Uiks! Trends alert! The next time uols keluar ke mana-mana, cuba uols pandang sekeliling uols. Uols pandang kanan lepas ittew uols pandang kiri pulak. Pandang depan dan jugak belakang. Apa yang uols akan nampak? Chances are, girls on all sides are sporting 2008's biggest trend in footwear. Apa lagi uols kalau bukan gladiator sandal. Setelah iols observed for the past six months, maka dengan bangganya iols ingin mengishtiharkan bahawa gladiator sandal is here to stay for at least for another season.



Hurm... Trend gladiator sandal mula dipopularkan semula setelah Nicoles Ghesquiere sent models down the runway in knee-high black and white woven gladiators - and where Balenciaga leads, everyone follows. Dalam sekelip mata, semua wanita ( dan yang feeling-feeling wanita ) baik yang muda mahupon dah kertu were demanding for their feet to be ensconced in straps, buckles and studs of all colours and materials. Gladiator sandal lives up to their name - they give off a don't-mess-with-me vibe dan secara dinch langsung akan membuatkan pemakainya kelihatan effortlessly chic. Which seems like the least we could ask of a pair of shoes, doesn't it?





Makan hati kann Rihanna dah isytiharkan dulu trend nie?


Matilamak Camelia pon dinch mahu ketinggalan katanya!





She look so chic in those Balenciagas!




Tapi untuk uols yang dinch berkemampuan untuk memiliki Balenciaga, jangan putus harapan dulu. Iols akan bagi alternatif lain supaya uols juga dinch ketinggalan untuk mengikuti trend yang sedang popular nie.





























Untuk yang gilakan glam and not afraid to express his or herself




Imagine wearing these with your lovely summer dress








Patent leather is so now










Say hello to Olsen's wannabe

































Isk. Tapi kalau iols dinch dapat design yang ala-ala kat atas ittew iols dinch akan berputus asa. Sebab rasanya ada macam-macam lagi design gladiator sandal yang tersangatlah velvet. Kalau sesiapa yang bermurah hati nak belikan iols gladiator sandal pon amatlah dialu-alukan. Kalau dapat macam design yang kat bawah pon iols terima dengan hati yang terbuka. Hiks!










Oops! Matilamak feeling-feeling dragoon kann?








Mesti Pieka makan hati kann tengok kaki yang chumel-chumel nie? Hiks!














Makan hati Imelda Marcos tengok himpunan kasut nie kann?

















Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!


Tuesday, September 9, 2008

Tag Di Bulan Ramadhan

Uiks! Iols telah di tagged oleh Teddytalez...oh tidak...di dalam kesibukan bulan puasa nie...macam mane nak buat???oh tidak...huhu...drama nak lebih kan...huhu...nasib baik tag ini senang sajork...










So macam nie kaedahnye. Untuk uols yang addinch tahu macam mana nak buat tag iols akan ajar uols. So Fieka lepas nie uols dah boleh tag ramai orang yerr... Oops! Matilamak termelatah. Uols copaste sajork pic kat atas ittew pastu uols buatlah entry kat blog sendiri. Seperti biasa uols kenalah tag orang lain pulak kann? Lepas uols dah tahu siapa yang uols nak tag then uols letaklah nama 5 rakan taulan blogger yg lain yg ingin uols tag...dah sudah ittuw...tinggalkan kesan kat blog dieorg. Dinch kiralah kat komen kah di mana sajork. Tapi kalau orang ittew ada chatbox lagi senang...kalau nan ado bagi sajork comment kat entry dieorg...oh lupa pulak...kalau uols ramai sangat rakan taulan dan taufan...tag sajork semua. Heheks! Tapi biasanya orang tag maksimum 5 orang sajork. Tapi kalau uols feeling-feeling nak show off ramai kawan apa salahnya. Kann Teddytalez kann? Kann? Oops!






dan name bertuah...(drum roll plz)...









Iols malas nak tag sesiapa. Sesiapa yang nak ambil sajork sendiri. Hiks! Sebab iols addinch suka menambah bebanan uols sepanjang Ramadhan nie. Dan untuk tidak mengulangi kekejaman Nad...iols buat rules baru. Uols addinch boleh tag org yg tag uols occay...boleh gittew??? Boleh sajork...bulan Ramadhan bulan mulia...Kira halal lah...Occay? Till then...buhbye...selamat bersahur...


Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!

Saturday, September 6, 2008

Pengalaman Berpuasa Kandryxx

Mode Ramadhan kena pose-pose ayu sajork



Uiks! Diam dinch diam weols dah beberapa hari berpuasa ek! Rasa macam sekejap sajork dah masuk bulan Ramadhan. Nanti tup-tap-tup-tap tahu-tahu dah raya sajork. So far puasa iols masih occay lagilah. Walaupon pelbagai dugaan yang mendatang, namun iols gigih menghadapi semua. Hiks! Ayat nak poyo kann?

Hurm... Speaking of Ramadhan, hari nie iols ingin berkongsi sedikit pengalaman masa mula-mula iols start berpuasa masa kecik-kecik dulu. Actually bukanlah first pengalaman berpuasa but more into pengalaman manis semasa berpuasa. Maniskah? Uols decide sendirilah nanti.

Alkisahnya iols dah start diajar untuk berpuasa dari usia yang muda lagi. Kalau dinch silap umur 6 ke 7 tahun iols dah start berpuasa. Tapi nan adolah puasa penuh kann? Iols bermula secara kecil-kecilan dulu. So iols diajar untuk berpuasa setengah hari sajork sebagai permulaan. Ala-ala Upin dan Ipinlah nie.



Hey! Weols puasa penuh occay! Kann opah kann? Kak Ros kann?
Hiks! Bila dah terbiasa berpuasa setengah hari barulah iols menjinak-jinakkan diri untuk berpuasa penuh. So kiranya dalam sebulan berpuasa dapatlah iols berpuasa penuh selama seminggu kott. Ittew pon bukan 7 days straight. Kalau larat iols puasa penuhlah tapi kalau dinch larat harus setengah hari sajork.

Nak dijadikan cerita, iols dan Vegenazah dibesarkan oleh nenda iols. Daddykins dan Mummykins kan parents yang berkerjaya maka weols diasuh oleh nenda weols. Tapi ittew dinch bermakna our parents have been neglecting us. Diorang tetap manjalankan tanggungjawab diorang dalam mengasuh weols. Cuma weols just berjumpa waktu malam sajork. Waktu siang weols dihabiskan bersama nenda tersayang.

Tapi yang bestnya, Daddykins akan beri ganjaran kalau weols dapat berpuasa penuh. Kiranya kalau weols dapat berpuasa secara penuh, maka weols akan mendapat ganjaran yang setimpal. Daddykins akan beri RM1 kalau weols dapat berpuasa penuh selama sehari. So kalau weols dapat berpuasa penuh selama sebulan maka ganjaran weols ialah

RM1.00 x 30 hari = RM 30.00

Yes uols! Weols akan dapat RM30.00 kalau dapat berpuasa secara penuh. RM30.00 ittew tersangatlah besar pada waktu ittew. Almaklumlah kalau makan kat kantin sepinggan nasi goreng atau mee goreng baru 30 sen sajork. Kalau pinggan besar baru 50sen. Secawan air baru 5 sen. Kalau gelas besar baru 10 sen. So hari biasa kalau bawak 50 sen pergi sekolah dah lebih dari cukup. Kiranya kalau iols dapat RM1.oo sehari, iols akan belanja untuk beli jajan. Tapi sekarang kalau bagi RM30.00 pon budak-budak mesti merungut dinch cukup kann? Isk. Isk. Isk...

Oops! Alamak! Dah terlajak pulak. Occay weols kembali kepada original story. So Daddykins akan bagi upah RM1.oo kalau dapat berpuasa penuh selama sehari. Kalau setakat separuh hari nan ado ganjaran occay! So iols akan gigihkan diri untuk berpuasa selama penuh sehari. Secara kebetulan pulak iols memang dari kecik teramatlah liat untuk makan. Kiranya waktu makan iols memang dinch tentu masa. Biasanya kalau dipaksa untuk makan barulah iols akan makan. Kalau dinch dihidangkan depan mata, harus sehari suntuk dinch makan pon iols sanggup yerr... Oops! Matilamak kecik-kecik dah feeling-feeling Diva nak semua disediakan di depan mata kann?

Nak dijadikan cerita, nenda iols dinch sanggup melihat weols berpuasa penuh. So bila weols balik dari sekolah sajork, nenda akan panggil untuk makan tengahari. Maka dengan penuh konfidennya iols akan jawab

Kandryxx : Dinch nak. Nanti kalau makan Daddykins dinch bagi upah.
Nenda : Alaa... Puasalah setengah hari. Kann kira puasa jugak.
Kandryxx : Dinch boleh. Daddykins cakap kalau separuh hari dinch kira. So kalau separuh hari nan ado upah.

Nenda : Berapa upah yang Daddykins bagi kalau puasa penuh?
Kandryxx : Rm1.00 sehari. So kalau puasa penuh sebulan boleh dapat RM30.00. Nanti boleh beli bunga api dengan mercun banyak-banyak.

Nenda : So Kandryxx nak upah puasa buat beli bunga apilah?
Kandryxx : A'ah.
Nenda : Kalau macam ittew nenda bagi upah kat Kandryxx.
Kandryxx : Upah buat apa?
Nenda : Kalau Kandryxx buka puasa sekarang, nenda bagi RM2.00. RM2.00 kann lagi banyak dari RM1.00. Nanti Kandryxx boleh beli bunga api banyak-banyak.

(Iols tetap feeling-feeling nak demand nie)

Kandryxx : Tapi nanti kalau Daddykins marah?
Nenda : Takpe... Nanti nenda beritahu Daddykins yerr... Kandryxx pergi makan sekarang.

Maka dengan perasaan penuh berbunga-bunga iols terus duduk depan meja makan dan melahap dengan jayanya. Heheks! Keji sangats kann taktik yang digunakan oleh nenda iols nie? Tapi iols dinch salahkan dia sebab nenek mana yang dinch sayangkan cucu kann? Nenda pulak jenis yang dinch boleh tengok cucunya susah. Hiks!


Jemput makan uols! Kuih bunga matahari sajork iols hidangkan






Yang untungnya haruslah iols kann? Makan dapat, duit pon dapat. Hurray!






Occaylah. Iols berangkat setie dulu. Chow Arrivederci!

Wednesday, September 3, 2008

Tagged By Boyz

What were you doing 5 years ago?
Uiks! 5 years ago ek? Masa ittew iols sedang menikmati kseronokan berpuasa di Shah Alam. Really miss those sweet and crazy moments!



What were the 5 things on your to do list today?
*Nak pergi RHB bank to settle some important things.
*Update blog iols yang dah semakin berhabuk.
*Nak cari kuih raya.
*Habiskan baca segala magazines yang dah dibeli.
*Kemas bilik iols yang dah macam tongkang pecah.



What are 5 snacks that you enjoy?
-Oreo cookies
-Famous Amous cookies
-Pringles Sweet and Sour
-Cadbury Black Forest Chocolate
-Cornetto Love Royale ( Eh? Boleh kirakah nie?)



What are 5 jobs you've had?
-Cashier, runner & presenter kat Mc Donald's.
-Waiter kat Hoo Haa Cafe, Shah Alam. Sekarang cafe ittew dah dinch wujud lagi sebab bankrupt.
-Jadi kuli batak pari-pari kat Giant Plentong. Only lasts for 2 weeks.
-Fashion Consultant in Giordano Singapore.
-Now iols becoming the most fashionable geek in JB. Hiks!



5 people I want to Tag??
-Pinkgirl (suka tengok barang-barang yang uols jual)
-Pieka (iols suka hangout dengan uols!)
-Baby Vono a.k.a Heall (blog uols memang all out!...so..nah tambah entry lagik!)
-Jazmine (really love your style!)
-Nad (jawapan uols mesti melerts kann?)













Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!

Tuesday, September 2, 2008

Balasan Menderhaka

Uiks! Kalau semalam first day puasa iols diuji oleh pelbagai dugaan dan cabaran, rupanya hari nie dugaan yang iols hadapi lebih sengit. Kenapalah banyak sangat dugaan dan cabaran yang melanda iols? Sedih...


Iols agak happy sebab dapat berbuka bersama nenda iols hari nie kat Pasir Gudang. Tambahan pulak, bazaar di pasir Gudang adalah antara in my must visit list. Since iols dibesarkan di Pasir Gudang, maka bazaar Ramadhan dan pasar malam di sinilah yang paling dekat di hati iols. Apatah lagi pasar malam dan bazaar Ramadhan di Pasir Gudang nie agak panjang jugak so memang puas hati sangats menjamu mata uols. Oops! Terlebih sudeyh. Uols jangan speku lebih-lebih yerr... Maksud iols menjamu mata melihat makanan yang lazat-lazat dan mengecurkan air liur. Harus telan liur sajork kann?


Since journey from our house tao Nenda's house took about 40 minutes, so iols pon memulakanlah hobi iols. Apa lagi uols... CAMWHORING SESSION!




Sila abaikan rambut iols yang agak serabai ittew












Tukar side pulak yerr...








Gotta work those pouty lips. Hiks!



Nak dijadikan cerita, sampai sajork di bazaar, Daddykins tiba-tiba sajork sakit kepala. So Daddykins suruh iols pergi cari juadah berbuka puasa seorang diri since Mummykins kena jaga Daddykins kat dalm kereta. Sebagai anak yang mithali mestilah iols dinch membantah kann? Tapi sebelum keluar dari kereta Mummykins sempat berpesan, " Cepat sikit. Hari macam nak hujan nie". Iols dengan kekwatnya boleh jawab, " Alaa... Dinch hujanlah. Jangan takut". Sebenarnya iols nie memang paling pemalas nak angkut payung ke sana ke mari. Hiks!


Dengan perasaan penuh berkobar-kobar iols pon menjelajah dari satu gerai ke satu gerai. Tangan iols dah ready sajork kamera untuk snap-snap pics makanan yang enak lagi lazat. Juadah berbuka yang dijual tahun nie agak membosankan sebab hampir semua gerai menjual juadah yang sama. Senang cerita selang gerai mesti uols akan jumpa makanan yang sama. Motif? Nan ado resipi lainkah? Keji sangats kann?




Baru masuk ke gerai yang ketiga terus hujan turun. Bukan setakat gerimis tapi hujan lebat occay! Nasib baik iols bawak beg so kamera iols dah simpan dalam beg. Habis lencun baju iols. Tapi iols sempatlah berteduh di bawah salah satu gerai. MasyaALLAH kejinya manusia nie kalau dah hujan. Masing-masing bertolak-tolak sebab nak berteduh. Motif? Nan ado khemah lainkah? Tapi since ittew pon bukan khemah iols maka iols terpaksa redha. Iols dengan bermurah hati berganjak sedikit memberikan ruang untuk orang lain. Biarlah iols basah sedikit asalkan orang lain gembira. Cheh. Tetiba datang mode baik hati pulak kann?




Orang bawah khemah iols dah semakin ramai. Iols dah semakin tertolak keluar. Baju iols dah basah separuh. Tiba-tiba...








Zrass!








Uols!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!








Air yang bertakung kat atas payung semua manyimbah iols occay! Mahunya iols dinch hangin? Terus lencun iols jadinya. So alang-alang dah lencun iols terus sajork meneruskan perjalanan dalam kebasahan hujan. Terus iols feeling-feeling buat iklan syampu dalam hujan. Hiks!


Shine High, Shine Bright... Be A Star!




Nasib baiklah iols dinch feeling-feeling buat iklan syampu Clairol Herbal Essences kann? Kalau tak harus semua terkesima mendengar suara iols mendengus, mengerang yang penuh kenikmatan kann? Hiks! Terus teringat waktu Sarimah Ibrahim berlakon iklan ittew a few years back. Very the over kann dia? Tapi iols suka iklan ittew.

Since dah basah lencun, maka iols pon terus hilang mood untuk buat ulasan tentang bazaar Ramadhan kat Pasir Gudang nie. Motiflah kann uols nak jugak suruh iols snap pics masa hujan kann? Kamera iols dinch waterproof sundels! Harus sekali masuk air terus jahanam.


Tapi dalam pada nan ado mood, habis jugak iols tawaf bazaar Ramadhan nie. Fuh! Champion kann? Kalau iols tahu tadi nak hujan baik iols bawak payung. Ittewlah... Mummykins dah suruh bawak payung tapi iols dinch mahu dengar. Rasain! Nielah balasan dinch mahu dengar cakap orang tua. Menderhaka katanya! Nasib baik iols dinch jadik macam Malin Ungu kann? Oops! Malin Kundang.



By the way, buat uols yang speku iols pakai cikkap 24jam, haaa! Sekarang baru uols tahu iols nie natural beauty ataupon fake beauty. Cakaplah iols pakai cikkap waterproof kann? Nan ado occay! Semuanya Au Naturel sajork. Hiks!




Nielah rupa iols yang kelencunan. Look ma... No makeup!









Walaupon kebasahan, iols masih mampu tersenyum



P/S: Moral of the story, janganlah melawan cakap your parents

Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!

Kekecewaan Di Bulan Ramadhan

Uiks! Akhirnya iols berjaya jugak berpuasa penuh hari nie walaupon pelbagai dugaan yang mendatang. Kepala iols dah dinch pening lagi... Iols suka! Iols suka! So tepat jam 7 malam iols terus keluar mencari bazaar Ramadhan kat luar Jusco. Sebelum nie ramai cakap bazaar kat Jusco nie velvet. So tahun nie iols nak cubalah pulak.


Jalan punya jalan iols dinch nampak pon sesiapa yang yang bawak plastik ala-ala dari bazaar. Cakap diorang dinch beli makanan kat bazaar langsung kann? Iols terus pergi ke carpark. Nan ado. Jangan putus asa. Iols pergi pulak kat tempat parking motor. Manalah tahu tahun nie Jusco kedekut bagi tempat kecil sajork kann? Kat kepala dah terbayang segala jenis kuih yang melazatkan. Sampai kat tempat parking motor pon hampa... Isk.


Kandryxx... Aja-aja fighting! Iols tetap dinch berputus asa. Iols pergi pulak kat pintu exit yang lagi satu. Haa!!! Iols ada nampak khemah. Macam berita gembira nie. Sekali tengok tetap hampa. Khemah ittew restoran garden. Harapanlah nak ada jual juadah berbuka kat sittew kann?





That's it!









Iols kecewa! Iols kecewa!




Iols dah mengalami kekecewaan tahap agung. Patutlah tadi Friendster Queen cakap dinch nampak apa-apa bazaar. Almaklumlah dia pergi tengok bazaar jam 2 petang. Obviouslylah nan ado kann? Rupanya hari nie memang nan ado bazaar. Maybe first day puasa kott. Belum aktif lagi. Hiks! Weols tengok esok pulak ek? ( Sajork alasan nak menyedapkan hati )


Maka dengan nie iols berazam untuk mengexplore segala bazaar Ramadhan yang terdapat di JB sepanjang Ramadhan. Lepas ittew iols akan snap pics banyak-banayak untuk diupdate menjadi tatapan uols ek? Tapi... Iols kann kerja nan ado masa. Dinch mengapa... Sebab off day kann ado. So seminggu dapat pergi 2 bazaar pon jadilah. Sebulan dah 8 bazaar. Lebih baik dari nan ado langsung kann? So uols tunggu sajork yerr?





Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!

Salam Ramadhan

Uiks! Selamat menjalani ibadah puasa uols! Diam dinch diam hari nie dah pon first day of puasa kann? Sekejap sajork weols dah masuk bulan Ramadhan. So mulai hari nie segala entry iols akan ditapis sedikit demi menghormati bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan nie. Nanti dinch pasal-pasal sebab baca blog iols pahala puasa uols semua terus berkurang. Iols dinch nak dipersalahkan.

So sempena menghormati bulan Ramadhan jugak, iols akan berimej baru. Seperti yang iols gembar-gemburkan sebelum nie. So sekarang untuk uols semua, iols akan reveal rupa baru iols sempena bulan Ramadhan.







































































...........






































































...........






































































Tunggu sekejap ek... Iols tengah bersiap nie.






































































..........






































































..........






































































..........






































































Sekejap lagi... Dah nak siap nie.






































































..........






































































..........






































































Haa! Iols dah siap!






































































Uols dah ready?






































































3...






































































2...






































































1...































































Presenting the new Kandryxx!

















Haa! Iols berlintas langsung dari Mekah katanya!






My first day of fasting memanglah terlampau banyaknya dugaan. Bukanlah iols nak merungut atau apa kann tapi sekadar berkongsi pengalaman. Cheh! Macamlah nie first time iols berpuasa kann? Hiks!



Masa nielah semua amoi-amoi berpakaian seksi-seksi dan mendedahkan. Peliknya kalau hari biasa pon memang banyak amoi-amoi yang berpakaian seksi tapi iols dinch hairan pon. Tapi bila masa puasa, gatal pulak mata nie nak merenung setiap satu yang lalu-lalang. Hiks! Keji kann iols? Sabar Kandryxx... Puasa. Iman kena kuat dan teguh. Barulah penuh pahala puasa kann?





Janganlah cakap iols seksi. Malu taw...




Dinch cukup dengan ittew... Secara tiba-tiba, bilangan manusia cando di JB nie bertambah secara drastik dengan tiba-tiba. Kalau sebelum nie jangankan yang cando, nak cari yang elok pon begittew hazabnya. Motif bulan Ramadhan sajork kah diorang yang cando nie keluar dari pusat persembunyian? Tapi kalau setakat tengok orang cando takpe kann? Unlesslah kalau diorang buka aurat tunjuk kat iols kann? Kiranya nielah rahmat berpuasa sebab iols boleh mencuci mata. Hiks!



Sebenarnya iols nan ado masalah nak berpuasa sebab memang dari kecil lagi dah terbiasa. Kebetulan pulak kalau hari-hari biasa pon iols bukannya jenis yang makan on time. Biasanya kalau dinch diingatkan alamatnya dinch makanlah iols. So kalau bagi puasa 2 bulan straight pon iols nan ado masalah.




Chantek kann iols lepas puasa straight 2 bulan?





Tapi entah kenapa around pukul 4 petang tiba-tiba sajork iols rasa pening yang amats. Jalan pon dah terhoyong-hayang. Janganlah jadi apa-apa kat iols. Masuk pukul 5 petang sajork memang kepala iols terasa berat semacam. So iols terus mintak break with my manager dan iols terus membuta. Nak makan Panadol dinch boleh so ubatnya tidur sajorklah. Dapatlah berehat 30 minit. Tapi yang peliknya kerja iols nie bukannya berat pon. Lainlah kalau kerja iols kontraktor yang angkat batu segala kann? Harus memang dinch tahan. Tapi kenapa pening kepala yang amats ek?







Aduh! Sakit kepalaku...




Rupa-rupanya bila difikir-fikir balik pagi tadi iols dinch bersahur. Tapi biasanya kalau setakat dinch bersahur pon masih tahan lagi. Takpe... Lagi 2 jam sajork. Kena tahan nie. Jia you jia you... Aja aja fighting!



Aiyoo... Amma... Appa... Janganlah pengsan!







Doakan iols berjaya berpuasa penuh ek hari nie!









Occaylah! Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!





Monday, September 1, 2008

Jom Shopping!


Mummykins : Kandryxx kat mana sekarang?
Kandryxx : Kat rumah.
Mummykins : Buat apa?
Kandryxx : Nothing. Just surf internet sajork.
Mummykins : Kandryxx siap sekarang. Nanti Mummykins ambil kat rumah.
Kandryxx : Kenapa?
Mummykins : Nak beli baju raya.



Uiks! Oops! Matilamak excited nak raya katanya! Puasa belum pon bermula tapi dah feeling-feeling nak beli baju raya kann? Hiks! Tapi iols peduli apa. Ada iols kisah? Nan ado kann? Yang penting... SHOPPING!!!





Jom shopping baju raya dengan iols!







So petang tadi iols sempatlah bershopping kat Tesco Extra, Johor Bahru. Well, since Tesco Extra dibuka, Mummykins dah officially menjadi owner number 2 Tesco Extra. Mana taknya kalau setiap hari Mummykins wajib ke sana. No more Jusco. No more Giant. No more S-Mart. Tesco Extra tetap di hati. Hiks! Promo tahap Dewata Raya ni!



Poket Doraemon : Tadi Mummykins nak belikan baju raya warna pink.
Kandryxx : Motif warna pink? (Tapi dalam hati dah melompat kegembiraan)
Poket Doraemon : Entah. Tapi kaler dia memang lawa. Macam handphone akak.
Kandryxx : OMG! Handphone akak? Dinch terlalu terang kah?
Poket Doraemon : Sebab tu ajak Kandryxx tengok. Tapi memang lawa.




Nielah rupa handphone Poket Doraemon








Isk. Memanglah lawa kalau kulit iols nie seputih salji. Kalau dapat kulit macam Zoey kah, Nasha Aziz kah... takpelah jugak kann? Ni kalau kulit dah hitam berkerak lagi nak feeling-feeling pakai baju warna flourescent pink. Harus nampak macam budak Sungai Melayu kann? Tukar warna rambut kaler merah confirm orang cakap iols nie anak kuala.



Tapi Mummykins ni biasanya akan menggunakan kuasa veto. Kalau kat mata dia cantik, mati-mati dia akan suruh iols ambil. Dinch kiralah samada iols suka ataupon tak. Yang pasti dia tengok lawa. Lagi satu kalau dah namanya baju untuk perayaan, maka warnanya haruslah ceria, terang dan attention grabbing. No dull looking colors like mud green, blue, dark purple apatah lagi grey. Memang awal-awal dia dah banned occay!



Tapi iols dinch kisah sangat beli kat mana pon. Janji selesa dipakai sudeyh! Tapi biasanya iols selesa pakai Emmer Zegna dengan John Master. In fact setiap tahun mesti cari 2 brand nie. So dinch susah sangats kann? Iols dinch perlu pusing satu JB untuk cari baju raya. Terus sajork tuju ke Jusco ataupon Metrojaya maka tersergam indahlah kedua-dua brand ittew.



Yang pasti dari tahun lepas iols dah banned Angsana dari tempat yang harus dituju untuk beli baju raya. Kisahnya 2tahun lepas iols beli baju kat Angsana. Masa ittew pon beli last minute. Lagi berapa hari sajork nak raya. Almaklumlah masa ittew kann masih bekerja di Singapore so masa untuk berjalan dengan family memang terbatas. So try dari satu kaler ke satu kaler semua nan ado saiz iols. Yang tinggal semua XL. Bayangkan iols yang pakai S nie takkan nak beli XL pulak kann? SO setelah gigih mencari, dapatlah jugak baju melayu kaler purple. Kain dia kilat-kilat diap ada belang-belang gittew!



Nak tahu apa yang jadik kat iols? First day raya iols pakai rasa sedikit dinch selesa sebab potongan dia. Pastu kain dia very the nampak murah occay! Yang lagi horror bila sepupu iols datang. Satu familiy pakat pakai baju sama dengan iols, sundels! Dari mak, bapak sampailah ke anak-anaknya. Waaa!!! Boria gittew! Merasalah diorang beli kain ela sajork kann? Start dari hari memang iols dinch akan pergi Angsana lagi untuk beli baju raya.



Occay. Berbalik kepada cerita asal. Sampai sajork kat Tesco Extra, Mummykins terus heret iols masuk 2nd Chance. Mesti uols semua pakat gelak kann bila dengar iols beli baju kat 2nd Chance? Tapi iols peduli apa? Murah uols... Kalau beli 1 Emmer Zegna, kat sini boleh dapat 4. Jimat namanya!



Bila Mummykins tunjuk sajork baju kaler pink ittew, terus iols pengsan. Confirm iols dinch boleh pakai. Terang sundels kaler dia! Tapi Mummykins suruh try jugak sebab nak matching dengan samping kaler pink. So iols pilih jugak yang kaler putih. Tiba-tiba iols ternampak pulak kaler peach yang just nice for my liking. Jackpot! Bila try baju pink confirm dinch masuk dengan skin tone iols. Pastu pakai pulak yang putih. Eh... Nampak dalamlah... Malunya... So iols try pulak yang kaler peach. Perfecto!



Tapi...



Mummykins nak jugak yang kaler pink. Waktu nilah idea bernas iols terkeluar. Apa kata kalau belikan pink untuk Daddykins, putih untuk Vegenazah and mine is peach? So Daddykins setuju. Kebetulan weols share the same size. Nati bolehlah tukar-tukar pakai. Hiks! So baju dengan samping dah ada, tinggal songkok dengan butang baju sajork.





P/S: Pic baju dinch boleh tunjuk dulu. Surprise katanya! Heheks!





Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!