Tuesday, September 2, 2008

Balasan Menderhaka

Uiks! Kalau semalam first day puasa iols diuji oleh pelbagai dugaan dan cabaran, rupanya hari nie dugaan yang iols hadapi lebih sengit. Kenapalah banyak sangat dugaan dan cabaran yang melanda iols? Sedih...


Iols agak happy sebab dapat berbuka bersama nenda iols hari nie kat Pasir Gudang. Tambahan pulak, bazaar di pasir Gudang adalah antara in my must visit list. Since iols dibesarkan di Pasir Gudang, maka bazaar Ramadhan dan pasar malam di sinilah yang paling dekat di hati iols. Apatah lagi pasar malam dan bazaar Ramadhan di Pasir Gudang nie agak panjang jugak so memang puas hati sangats menjamu mata uols. Oops! Terlebih sudeyh. Uols jangan speku lebih-lebih yerr... Maksud iols menjamu mata melihat makanan yang lazat-lazat dan mengecurkan air liur. Harus telan liur sajork kann?


Since journey from our house tao Nenda's house took about 40 minutes, so iols pon memulakanlah hobi iols. Apa lagi uols... CAMWHORING SESSION!




Sila abaikan rambut iols yang agak serabai ittew












Tukar side pulak yerr...








Gotta work those pouty lips. Hiks!



Nak dijadikan cerita, sampai sajork di bazaar, Daddykins tiba-tiba sajork sakit kepala. So Daddykins suruh iols pergi cari juadah berbuka puasa seorang diri since Mummykins kena jaga Daddykins kat dalm kereta. Sebagai anak yang mithali mestilah iols dinch membantah kann? Tapi sebelum keluar dari kereta Mummykins sempat berpesan, " Cepat sikit. Hari macam nak hujan nie". Iols dengan kekwatnya boleh jawab, " Alaa... Dinch hujanlah. Jangan takut". Sebenarnya iols nie memang paling pemalas nak angkut payung ke sana ke mari. Hiks!


Dengan perasaan penuh berkobar-kobar iols pon menjelajah dari satu gerai ke satu gerai. Tangan iols dah ready sajork kamera untuk snap-snap pics makanan yang enak lagi lazat. Juadah berbuka yang dijual tahun nie agak membosankan sebab hampir semua gerai menjual juadah yang sama. Senang cerita selang gerai mesti uols akan jumpa makanan yang sama. Motif? Nan ado resipi lainkah? Keji sangats kann?




Baru masuk ke gerai yang ketiga terus hujan turun. Bukan setakat gerimis tapi hujan lebat occay! Nasib baik iols bawak beg so kamera iols dah simpan dalam beg. Habis lencun baju iols. Tapi iols sempatlah berteduh di bawah salah satu gerai. MasyaALLAH kejinya manusia nie kalau dah hujan. Masing-masing bertolak-tolak sebab nak berteduh. Motif? Nan ado khemah lainkah? Tapi since ittew pon bukan khemah iols maka iols terpaksa redha. Iols dengan bermurah hati berganjak sedikit memberikan ruang untuk orang lain. Biarlah iols basah sedikit asalkan orang lain gembira. Cheh. Tetiba datang mode baik hati pulak kann?




Orang bawah khemah iols dah semakin ramai. Iols dah semakin tertolak keluar. Baju iols dah basah separuh. Tiba-tiba...








Zrass!








Uols!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!








Air yang bertakung kat atas payung semua manyimbah iols occay! Mahunya iols dinch hangin? Terus lencun iols jadinya. So alang-alang dah lencun iols terus sajork meneruskan perjalanan dalam kebasahan hujan. Terus iols feeling-feeling buat iklan syampu dalam hujan. Hiks!


Shine High, Shine Bright... Be A Star!




Nasib baiklah iols dinch feeling-feeling buat iklan syampu Clairol Herbal Essences kann? Kalau tak harus semua terkesima mendengar suara iols mendengus, mengerang yang penuh kenikmatan kann? Hiks! Terus teringat waktu Sarimah Ibrahim berlakon iklan ittew a few years back. Very the over kann dia? Tapi iols suka iklan ittew.

Since dah basah lencun, maka iols pon terus hilang mood untuk buat ulasan tentang bazaar Ramadhan kat Pasir Gudang nie. Motiflah kann uols nak jugak suruh iols snap pics masa hujan kann? Kamera iols dinch waterproof sundels! Harus sekali masuk air terus jahanam.


Tapi dalam pada nan ado mood, habis jugak iols tawaf bazaar Ramadhan nie. Fuh! Champion kann? Kalau iols tahu tadi nak hujan baik iols bawak payung. Ittewlah... Mummykins dah suruh bawak payung tapi iols dinch mahu dengar. Rasain! Nielah balasan dinch mahu dengar cakap orang tua. Menderhaka katanya! Nasib baik iols dinch jadik macam Malin Ungu kann? Oops! Malin Kundang.



By the way, buat uols yang speku iols pakai cikkap 24jam, haaa! Sekarang baru uols tahu iols nie natural beauty ataupon fake beauty. Cakaplah iols pakai cikkap waterproof kann? Nan ado occay! Semuanya Au Naturel sajork. Hiks!




Nielah rupa iols yang kelencunan. Look ma... No makeup!









Walaupon kebasahan, iols masih mampu tersenyum



P/S: Moral of the story, janganlah melawan cakap your parents

Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!

3 comments:

Hilman Heall Zainal said...

tp u paling natural masa u keje kat acer !

sangat natural !!! i ols kagum !!

arifeddy said...

sgt natural walopon lepas hujan!

in other non related story, iols kagum dgn org yg mencipta photoshop
larikkk

Orient Riedel said...

betul,betul,betul....
tu ala2 natural,tapi wat photoshop..

huahuahua..