Thursday, December 2, 2010

2AM? Kim Hyun Joong? Jay Park? Help Me Choose~

Uiks! Kebelakangan nie obsesi orang Singapore terhadap artis Korea meningkat secara drastik yerr... Buktinya just look for the past 2 years dah berapa ramai artis Korea yang menjejakkan kaki ke Singapore demi mempromosikan album, single mahupon filem baru diorang.


Antara artis Korea yang pernah datang ke Singapore termasuklah FT Island, CN Blue, 2AM, Jay Park, Jang Geun Suk, Wonder Girls dan jugak iols punya all time favourite siapa lagi kalau bukan Super Junior kann? Ittew addinch masuk lagi dengan artis-artis baru macam BEAST, U-Kiss, ZE:A dan ramai lagi.


So far antara showcase artis Korea yang iols gagahkan diri untuk tengok termasuklah FT Island, CN Blue dan jugak Jang Geun Suk ( ittew jugak bermakna iols dah jumpa semua prince A.N.JELL dari series You're Beautiful ) Kebetulan pulak my other half nie teramatlah obses dengan artis Korea samalah jugak macam iols. Iols suka! Iols suka! Dan biasanya dia jugaklah yang gigih mencari tiket.


Oh... Bercerita mengenai artis Korea nie iols agak buntu sebab dalam minggu nie sajork ada 3 artis Korea yang iols cukup minat akan datang ke Singapore & Malaysia. Artis-artis yang iols maksudkan addinch lain dan addinch bukan ialah 2AM ( their second times in Singapore within a year ), Jay Park ( ex-leader 2PM ) dan jugak Kim Hyun Joong ( from SS501 ).


Uols addinch kenal dengan diorang nie? Addinch kisahlah sebab iols akan bagi intro sikit pasal diorang. Sila berikan tepukan gemuruh untuk iols yang tiba-tiba rajin menaip dengan gigihnya!!! Azam sebelum menjelangnya tahun baru kaedahnya. LOL!


Firstly iols akan perkenalkan kumpulan 2AM. 2AM merupakan sebuah boy band yang bernaung di bawah sayap JYP Entertainment. Ittew jugak bermakna 2AM berkongsi syarikat rakaman dengan Rain & Wonder Girls. 2AM dianggotai oleh Jinwoon, Jo Kwon, Seulong dan jugak Changmin.




Okay secondly iols akan perkenalkan Jay Park. Jay Park atau lebih dikenali sebagai Park Jaebom sebelum nie adalah salah seorang ahli & jugak leader kumpulan 2PM. 2PM dan 2AM bernaung di bawah satu bumbung syarikat rakaman yang sama. Kiranya diorang cam adik-beradiklah. Sebab ittewlah nama 2AM & 2PM so bila digabungkan completelah 24 jam. Boleh gittew? Kumpulan nie jugak dikenali menerusi lagu 10 Out Of 10, Only You dan jugak Again & Again.



Again & Again


Oh yeah... The reason kenapa dia tukar nama adalah sebab Park Jaebom telah mengundurkan diri dari 2PM setelah kontroversi mengenai laman Myspacenya... Lepas sajork kontroversi ittew tersebar luas terus dia melarikan diri ke Seattle iaittew tempat asalnya. Tapi dah nama pon artis popular setakat kontroversi sekelumit ittew peminat tetap menyokong. So Park Jaebom telah melahirkan album solonya lantas menukar namanya kepada Jay Park. Class ko Maria tukar nama terus populariti melonjak balik.



Uols ingat senang-senang iols nak berundur?



Yang terakhir iols akan perkenalkan Kim Hyun Joong. Kim Hyun Joong adalah salah seorang ahli dan jugak ketua kumpulan SS501. Kumpulan SS501 dikenali menerusi single mereka termasuklah Fighter, Deja Vu, Love Like This dan juga Because I'm Stupid yang juga merupakan lagu runut untuk drama Boys Over Flowers. ( OMG! Apakah bahasa skema yang iols gunakan nie? Tiba-tiba sajork bakat kesusateraan iols mencurah-curah keluar )


Beliau juga mula dikenali setelah membintangi drama terhebat 2008 Boys Over Flowers. Memegang watak sebagai Yoon Ji Hoo yang menjadi pujaan all girls ( and gays. LOL ). Gila kalau dapat lelaki sesempurna ittew perempuan mana addinch cair Senah oii...



Boys Over Flowers


Persoalannya sekarang iols teramat malas nak pergi ketiga-tiga showcase ittew. Rasa-rasanya mana yang paling berbaloi untuk iols pergi ek? 2AM showcase hari nie jam 7:30pm kat IMM. Kim Hyun Joong pulak esok kat IMM jugak. Tapi masanya addinch dinyatakan. Jay Park Sabtu nie di Putrajaya. Decision... Decision...


Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci~


No comments: