Thursday, May 22, 2008

NST JB Walker Hunt 2008: 2nd Part

Uiks! Tak sangka iols akan teruskan usaha untuk menyambung blog iols nie ek? So hari nie iols akan sambung balik entry NST JB Walker Hunt 2008. Walaupon uols semua dah tahu kesudahan serta keputusannya, namun iols tetap akan update jugak untuk uols semua. So takdelah nanti orang merungut cakap entry iols asyik tersangkut. Oops!






Yezza! Last check point uols



Hurm... Rasain. Daripada tadi weols semua boleh dapat kedudukan yang agak selesa terus jatuh merudum. Waaa!!! Tak puas hati!!! Tapi takper walaupon tak dapat rumah tapi iols yakin yang weols akan menang cabutan bertuah. At least weols akan dapat LCD TV 29 inci. Heheks! Yakin sangats kann?

Walaupun penat namun masih mampu tersenyum




So dengan semangat yang penuh membara weols meneruskan perjalanan. Walaupon kaki iols dah melecet sakit nak mampos namun iols gagahi jua. Demi LCD TV iols sanggup lakukan apa sajork. So dengan penuh konfidennya iols terus bukak kasut dan bercatwalk ala-ala Naomi Campbell. Gittew! Tapi on the way nak pergi ke last checkpoint kaki Teddytalez pulak cramp. Ngada-ngada sangats kann dah saat-saat genting camnie boleh pulak nak feeling-feeling cramp. Nak tarik perhatian lah ittew! Nak tak nak weols terpaksa jugak terdampar di tepi jalan. Lepas lebih kurang 10 minit break weols terus jalan laju laju mengikut maximum speed masing-masing. Kaki iols dah tak rase pijak jalan yer. Yang iols rasa hanyalah kesakitan dan keperitan yang teramat sangats. Dah sakit giler... Tapi terus jugak jalan demi untuk menang sebuah TV... Sampai sajork weols terus report. Cubalah teka weols dapat tempat ke berapa? Weols dapat tempat...86 dari 160...86 uols!!! Iols dah nak pengsan sebab tak percaya weols begitu corot. Tapi bila fikir-fikir balik ok kan??? Heheks!







At last passsport weols dah penuh




So nie lah keputusan nombor group weols di setiap check point:


checkpoint 1...straits view hotel - no 154
checkpoint 2...zoo johor - no48
checkpoint 3...st joseph school- no 38
checkpoint 4...landmark mall - no 35
checkpoint 5...cs - no 51
checkpoint 6...'celebration city piazza' - no 74
checkpoint 7...convent school - no 98
checkpoint 8...pagar istana - no 84
checkpoint 9...dataran - no 86
the result is...kalah truk...

Uols nampak tak apa yang iols nampak

Konfiden tak dia boleh pakai cocks sebelah warna putih sebelah lagi warna kelabu? Ko tak pengsan?





Sampai sajork kat dataran masing-masing dah lepak yang amats. Apa lagi... weols terus cari tempat yang paling sesuai untuk berteduh a.k.a melepak. Nasib baik pihak penaja ada sediakan air. At least weols dinch mati kehausan kann?




Teddytalez yang dah kecewa dengan hidupnya

"Apalah nasib diriku yang malang..."

Dahlah nan ado shuben, pertandingan nie pon iols dinch menang





Cuba tukar posisi duduk feeling-feeling ayu mesti ada orang usha





Eh? Betul lah ada orang dah terpikat dengan keayuan iols





Si Jelita...sudikah kamu menjadi pacarku?




Wow! Bukan sekadar tampan malah mempunyai pakej yang besar! Iols suka iols suka!


Terus merembes pukimak tengok dia. Oops!



Dah penat kena isi tenaga pulak kann?

Lepas weols dah hancur hati sebab dinch menang apa-apa, weols terus meneruskan perjalanan weols. Ada misi yang lebih penting harus diselesaikan. Weols terus tahan teksi menuju ke Terminal Bas Larkin.

Tayar kereta Teddytalez pecah pagi tadi

Motif dah jadik model dinch mahu tukar tayar?

Ada gaya gadis litar tak? Oops! Matilah gadis katanya!

Isk. Dahlah penat berjalan berbatu-batu dinch hilang lagi, sekarang kena tukar tayar pulak. Cobaan... Tapi weols tetap terus tolong menolong berganding bahu menempuh segala halangan. Tahun depan masuk lagi yerr?

Happy Birthday Gemini!

Lelaki Gemini sentiasa berubah fikiran?


1. Mempunyai bentuk muka yang kurus dan panjang


2.Dahi yang luas dan bijak.


3.Seorang yang tidak boleh duduk diam dan sentiasa pantas dalam pergerakan.


4.Suka bercakap dan bercakap laju.


5.Berfikir dahulu sebelum berkata-kata.


6.Suka berambut pendek dan bersifat seorang ahli sukan.


7.Tinggi, kurus dan hyperaktif.


8.Seorang yang begitu menjaga penampilan dan kebersihan diri.


9.Suka menyimpan pakaian lama walaupun tidak dipakai.


10.Tahu dan suka berfesyen.


11.Amat memilih dalam alat perapian lelaki seperti minyak wangi, pencuci muka dan lain-lain lagi.


12.Jika wanita keluar temu janji bersamanya umpama keluar bersama dua lelaki kerana perlu tahu dan bersedia dengan hati dan perasaannya yang sentiasa berubah-ubah.


13.Cepat bertukar fikiran.


14.Tidak suka melakukan rutin yang sama.


15.Seorang jurucakap yang baik dan sesuai jika menjadi seorang ahli politik.


16.Inginkan lebih lagi walaupun sudah mendapat apa yang diingini.


17.Jika wanita mencintainya bersedialah untuk sentiasa bersendiri. Lelaki Gemini akan berjumpa dengan pasangan bila dirasakan perlu. Malah Gemini sendiri tidak tahu bagaimana untuk menghabiskan masanya sehari-hari. Jadi pasangan perlu faham akan hal ini.


18.Kepada wanita, lelaki Gemini tidak mampu menjadi lelaki yang sama seperti anda kenal semalam kerana hari ini mungkin perangainya berbeza.Jika anda sukakan cabaran dan boleh selalu bersamanya maka teruskanlah. Namun jika anda umpama puzzle, si lelaki Gemini akan duduk dan cuba menyelesaikan permainan itu satu per satu.


Uiks! Selamat hari jadi untuk warga Gemini! Iols nak dedicate this horoscope just for my beloved friends who'll celebrate their birthday this month. Happy birthday iols ucapkan kepada Guess.Com, Manolo Craver, Freezi dE Greb, eLement dan Greenish.


Actually horoskop nie iols ceduk dari majalah Maskulin edisi Jun. Oops! Maskulinkah uols?


Just for fun, iols akan menghuraikan serba sedikit dan kebenaran di sebalik personaliti Si Gemini nie... Tapi it's all acording to myself sebab iols pon nan ado buat re-church. *Oops! Matilah carut siapa iols addinch tahu.*


Mempunyai bentuk muka yang kurus dan panjang. Hurm... Yang nie iols memang akui sebab my facial feature memang kurus dan pan panjang. Apatah lagi time iols kurus dulu-dulu harus nampak macam drug addict. Heheks! Tapi motif muka Greenish dinch kurus dan panjang? *Iols lari ke Afrika dulu ye!*


Dahi yang luas dan bijak. Haa!!! Yang nie dinch syak lagi! Tengok sajork dahi Greenish. Jangankan padang golf, malah padang pasir pon kalah. Oops! Matilah carut! Lariikkk!!! Iols pon berdahi luas jugak sebab ittew iols prefer to have fringe in my hairstyle. Tapi bab bijak iols no komen. Macam nan ado sajork.


Seseorang yang tidak boleh duduk diam dan sentiasa pantas dalam pergerakan. yang first ittew iols memang setuju sesangats. Iols memang dinch boleh diam.Bangun pagi sajork iols akan fikirkan apa yang perlu diselesaikan pada hari tersebut. Sebab ittew iols dinch suka orang tukar program last minit. Harus banyak yang akan tergendala yerr... Tapi bab bergerak pantas iols surrender dulu. Bab nie iols memang menyerah kalah. Heheks!


Semua warga Gemini yang iols kenal suka sangats bercakap. Sometimes ibarat Energizer katanya. Merasalah cakap dinch henti-henti. Tak gittew Element, Greenish, Freezi dE Greb? Bab bercakap laju rasanya Element boleh menang takhta nie.


Berfikir sebelum berkata-kata. Bab nie memang paling penting sekali.Warga Gemini lebih dikenali sebagai orang yang prihatin dan sensitif. So sebelum cakap memang kena insurankan dulu mulut. Tapi Greenish dapat pelepasan untuk nie yerr... Oops! Terlebih sudah.


Suka berambut pendek dan bersifat seorang ahli sukan. Oops! Ciri-ciri nie memang tak pernah ada dalam diri iols. Bila last time iols berambut pendek ek? Rasanya raya tahun lepas kott? Tapi bersifat seorang ahli sukan memang ada pada Freezi dE Greb. Bodybuilder anyone? Oops! Matilah carut! Lariiikkk!!!


Tinggi, kurus dan hyperaktif. I used to be skinny tapi sekarang nan ado. Tapi dalam bab rangka Freezi dE Greb, Element, Guess.Com dan iols semuanya kurus. Greenish dan Manolo Craver? Dinch pernah merasa kurus. Kesian uols ek? Tapi iols tak pernah merasa nikmat menjadi tinggi. Okay... Maybe masa iols darjah enam dan tingkatan satu. Iols nie jenis cepat membesar. Suara pecah pon awal. So masa form 1 iols merasalah tinggi sekejap. Masuk form 2 iols terus terbantut. Dikala teman sebaya mula membesar iols dah berhenti membesar. Maka sampai sekarang iols kekal petite. Hyperaktif memang tak dapat disangkal lagi. Kalau tak motif sanggup masuk NST JB Walker Hunt?




Monday, May 19, 2008

NST JB WALKER HUNT 2008

Uiks! Uols semua mesti tertanya-tanya kenapa iols boleh berada di Dataran Bandaraya pagi-pagi nie ek? Walaupon hakikatnya iols nie amatlah malasnya nak bangun pagi tapi iols gagahi jugak diri iols untuk bangun pagi hari nie. Iols sanggup berkorban apa sajork demi News Straits Times JB Walker Hunt 2008 nie. Mana taknya hadiah yang ditawarkan cukup lumayan uols! A house worth of RM170k. Hamek ko. Merasalah kalau menang weols convert rumah ittew jadik sorority house house yerr...

Sampai-sampai sajork dah ramai orang



Beratur untuk mendaftar




Since syarat utama untuk menyertai pertandingan nie ialah setiap kumpulan mesti mempunyai seramai 4 orang ahli kumpulan so iols decided untuk suruh Swarovski Crystal, Teddy Talez dan Freezi dE Greb join sekali so weols boleh jadik satu kumpulan. Tapi ahli kumpulan nie terpaksa dirombak semula sebab Swarovski Crystal tak confirm dapat join. So weols tukar tempat dia dengan Fendissime. Dengan kekuatan 4 orang fefonens yang maha bersemangat makan lahirlah Totally Bimbo. Hiks. Gittew... Totally Bimbo katanya. Tengok nama kumpulan sajork dah boleh buat orang ketawa besar yerr... Kalau tengok nama kumpulan harus orang feeling-feeling ahli kumpulan weols semuanya pretty and glamourous girls with their 4" Manolo Blahnik's with matching designer bags and chihuahua. Tapi bila tengok mesti semua makan hati sebab weols memang pretty. Oops! Matilah statement makan diri. Larikk!!!



Yess uols! Totally Bimbo is our group name




Totally Bimbo featuring a Totally Bitch



Speaking of nama kumpulan, sebenarnya banyak lagi nama kumpulan yang buat iols pecah perut. Iols ingatkan nama kumpulan iols yang paling tak masuk akal tapi banyak lagi yang lebih menggila. Ada 2u4u, Kumpulan Anak Johor, Poli JB dan sebagainya. Tapi yang paling iols tak tahan ada satu group ittew nama dia amatlah panjangnya. Bila iols tengok betul-betul iols terus ketawa sambil guling-guling. Nama kumpulan ittew "Makhluk Tuhan Paling Seksi". Ko tak pengsan?

Sebelum pertandingan dimulakan macam biasalah ada kata-kata aluan yang tak penting lagi membuang masa ittew. Perlu kah bagi sesi taklimat semalam kalau hari nie ulang benda yang sama? Weols bukan main sampai awal siap tak sempat tukar tayar kereta sebab nak sampai before 8:30 am. Hakikatnya pukul 9 a.m baru mula yerr... Keji sangats kann?

Time weols sampai ada 2 groups kat Dataran Bandaraya. Satu group yang masuk NST JB Walker Hunt. Lagi satu group aerobik. Harus iols ketwa terbahak-bahak tengok orang buat aerobik yerr... Tapi dalam ketawa terbahak-bahak ittew pihak organiser suruh weols semua join group aerobik untuk sesi pemanasan badan. Isk. Dinch perlu aerobik segala. Uols sediakan mamat-mamat yang cando depan iols harus terus ada sesi pemanasan badan terbaik. Oops!


Goyang uols jangan tak goyang




Okay semua...sekarang kita lari setempat



Freezi dE Greb dan Fendissime terpaksa beraerobik


Happynya Teddytalez dapat beraerobik



Our first clue





Tengah perah otak fikirkan jawapan



Relax sajork cik akak kita nie?



Wah! Tak sabar nak mula nie



Destinasi prtama yang weols tuju ialah Straits View Hotel. Cheh! Kacang sungguh clue yang pertama nie. Maka berlumba-lumbalah semua peserta berkejar ke check point pertama. Semua berlari uols! Iols pon feeling-feelinglah berlari jugak sebab semangat nak menang rumah masih berkobar-kobar. Hiks. Tapi bila weols dah maju ke depan baru iols perasan sesuatu. Teddytalez tertinggal kat belakang! Semput katanya. Kesian dia. Maka iols pon jalan sajork sebab tak sampai hati nak tinggalkan dia. Freezi dE Greb dan Fendissime dah jauh kat depan sebab diorang kena sampai kat check point dulu.

Sampai sajork kat destinasi pertama ada dua group dah lari pergi ke check point kedua. Motif group ko begitu laju? Weols tengok keadaan kat check point pertama jadi kelam kabut. Mana taknya kalau dah setiap ahli kumpulan kena beratur sama. Merasalah berebut-rebut dengan 640 orang yang lain kann? Harus menggila kann? Very the takde system yang teratur yerr uols. Tengah iols beratur tiba-tiba iols rasa iols hilang keseimbangan. Baru iols teringat yang iols nie dulu pernah ada asma so iols tak boleh lari laju-laju apatah lagi kalau tak buat warm-up dulu. Padan muka iols. Tadi masa semua orang aerobic iols feeling-feeling diva tak nak join kann? Rasain! Tapi nasib baiklah Teddytalez ada kat sebelah iols. Dia yang suruh iols duduk tepi sementara diorang beratur. Bertimbangrasa kann? Harus iols terharu sangats. Oops! Matilah plastic kann?






Merasalah berbagai jenis bau yang dapat dihidu




Dapat teka tak kat mana destinasi seterusnya?







Nak tahu kat mana destinasi seterusnya?







Muzium? Masjid? Zoo? Makam Diraja? Mana satu kena pergi nie?



Jawapannya ialah Zoo Johor. So weols terus menuju ke Zoo Johor. Wah! Lama gila iols tak jejakkan kaki ke Zoo Johor nie. Harus kali terakhir iols pergi masa iols form2 yerr… Lama kann? Waktu ittew pon iols pergi dengan akak yang kerja kat kantin sekolah. Of courselah dia belanja kann? Kalau tak jangan haraplah iols akan menjejakkan kaki ke sittew. Almaklumlah dulu family uols nie susah. Tak mampu nak pergi zoo. Kalau time ittew Bersamamu dah ada harus iols dah famous kann? Oops! Propah sangats kann? Masuk sajork zoo weols diberikan sebotol mineral water dan pisang. Harus feeling-feeling nak bagi monyet makan kann tapi rupanya tidak. Pisang ittew adalah untuk kami makan. Keji kann diorang samakan weols dengan monyet? Hanjeng sangats. Isk.



Melenggang hai melenggang dengan tari lenggang...



Nie lah rupa kat dalam zoo ittew




Ramainya orang... Reformasi kah?





Masuk-masuk sajork weols dapat satu task. Tapi cuma seorang ahli kumpulan sajork yang dibenarkan untuk task nie. So weols sepakat untuk let Fendissime do the task. Nak tahu apa task dia?



Nasib baik Fendissime yang pergi, kalau Teddytalez?

Fendissime kena masuk ke dalam kolam untuk ambil clue di dalam salah satu botol kat dalam kolam ittew. Then weols kena figure out clue tersebut sebab dia guna some kind of code ala-ala tulisan braille yang budak UPK guna gittew. Then weols figure out dengan bantuan NST yang dibeli semalam. Weols dapat 'LEO's'...Yezza!...Weols boleh tengok singa makan Teddytalez.Iols suka iols suka...



Nie lah rupa kandang singa ittew



Rupa-rupanya...weols kena masuk kandang singa uols!!! Ko tak pengsan? Matilah lepas nie iols hilang seorang kawan baik sebab dah kena baham dengan singa kann? Oops! Melatah... Dari jauh lagi iols dah dengar bunyi singa mengaum. Uols tahu... Bunyi singa ittew mengaum mengalahkan bunyi Arslan dalam filem Narnia. Harus iols dah ready nak pengsan. Tapi iols tak boleh pengsan dulu sebab misi iols ialah kena cukur bulu singan nak buat jaket bulu. Matilah carut kann? Hiks. Sampai sajork kat depan pintu kandang singa ittew hati iols terus kecut.Bunyi dia kuat yang amats uols! Siap bergegar kandang singa ittew. Tapi ada beberapa kumpulan yang baru keluar sambil mengeluh "Isk. Takde apa-apa pon. Tipulah" Dengar sajork kata-kata ittew iols terus berlari masuk sebab takde apa-apa yang perlu ditakutkan. Iols speku kandang singa ittew kosong. So bunyi yang iols dengar ittew ialah system dolby digital yang digunakan dalam panggung. Canggih kann Zoo Johor nie?


Nie pulak rupa kandang dari dalam

Masa iols masuk kandang singa ittew bau dia busuk uols. Harus pekerja dia tak buat kerja kann? Iols pon cakaplah kat sorang abang yang jaga kat sittew " Bang, mana singa-singa nie pergi? Mesti takut dengan weols kann?" sambil iols gelak lite-lite suki. Dengan selamba abang ittew jawab balik "Iteew kat belakang awak." Iols toleh sajork kepala... *Iols pengsan sekejap* Ya ampun... Singa dia besar sundels! Harus kalau telan Teddytalez dia tak kenyang yerr... Patutlah bunyi bergema semacam... Rupa-rupanya ada dua ekor singa. Seekor jantan seekor lagi betina. Tapi diorang letak kat kandang yang berasingan.





Nie lah singa yang main peek-a-boo dengan iols

Nie pulak singa betina, pasangan kott?

Bukan setakat singa, unta pon ada







Masuk sajork kat dalam kandang weols kena cari flag with a red pole. ...Harus azab kann nak cari flag kat kandang sebesar ittew? Iols ambil pendekatan paling senang. Siapa-siapa yang angkat batu, tolak kayu, dan berbisik-bisik sesama sendiri iols terus datang dekat. Untung-untung kalau diorang dapat secara automatiknya iols pon dapat jugak. Heheks! Keji sangats kann? Tiba-tiba ada seorang girl nie panggil budak lelaki group dia. Terus iols lari ke arah dia. Yes uols diorang berjaya menjumpai flag ittew.d Dapat sajork flag yang disembunyikan kat dalam rimbunan ranting-ranting itttew weols terus lari nak amik next clue...cepat... Masa dah semakin singkat. Masa begitu berharga ibarat sebuah rumah teres dua tingkat corner lot.


Tapi masa iols berlari nak keluar iols ternampak spesis binatang yang cukup mempersonakan. Terus terpegun tengok binatang ittew.


Happy Tree Friends, anyone?


Badak Tampong katanya!







Destinasi seterusnya ialah Sekolah Menengah Saint Joseph. Senang sangats kann? Tapi kat sini pon ada task jugak. Cuma task yang diberikan taklah sesusah macam kat zoo tadi. Weols kena baling 4 sticks bagi masuk kat dalam botol. Nampak senang tapi hanya Fendissime dan Freezi dE Greb yang berjaya. Fendissime dapat masukkan 3 Dan Freezi dE Greb masukkan 1. Iols dan Teddytalez? Nan ado.




Dah sampai kat ST. Joseph






Ramainya pak polisi yang menjaga




Saya Karam Singh Walia melaporkan...




Aim betul-betul uols! Fendissime mencuba nasib








Weols terus menuju ke Landmark Mall. Iols dah start pancit sebab asyik naik turun bukita dari tadi. Penat uols... Lepas nie kalau tak kurus jugak iols pon dah tak tahu nak buat apa lagi. Sampai sajork kat Landmark Mall weols kena beli NST yang berstiker NST JB Walker Hunt 2008. Sambil Freezi dE Greb beli iols sempat beli 100 plus. Merasalah 100 plus 1.5 liter iols habis dikerjakan oleh 4 orang yerr... Hamboi... Bukan main lagi tadi cakap dinch perlu bawak 1.5 liter. Sekarang siapa yang meludah ke langit? Rasain!

Apa-apa pon paper bayar dulu yerr

Next clue... Add c to t x t(txt)???

City Square here we come!!! Cepat uols! Advantage for us sebab dulu masa sekolah tiap-tiap hari lepak weols lepak kat sana. Sure task kali nie senang sangats kann? Tapi... Cuba uols baca balik clue tue betul- betul..."Find the captain of local delicacies and purchase a tumbler of kuih kacang specially marked with a JB Walker Hunt logo". Captain of local delicacies??? Kat mana ittew? Blur sekejap.

Sedap Corner??? Salah!!!
Laksa Shack??? Salah!!!
Food court??? Salah!!!

Habis apa??? Weols dah round seluruh City Square macam orang gila... Lari sana lari sini... Tup tup...




Kesial sangats kann tempat dia? Local delicacies konon! Hargh...tuihhh!!! Lain kali tulis sajork kedai runcit yang tak laku. Kann senang. Sungguh membuang masa demi mendapatkan setumbler kuih kacang. Iols mati-mati ingatkan kuih kacan ittew kuih Kasui? Or is it Kasuwee?Mana-manalah. Rupa-rupanya biskut kacang tumbuk uols. KEJI!!!

Apek! KaMi mau kuih kacang!!!


Start dari kuih kacang terus nasib weols berubah 100%. Mana taknya weols terus sumpah seranah dinch henti-henti.

Next task is a quite easy at first. Yelah setakat ambil gambar then submit the pic. Tapi bila dibaca balik clue ittuw suruh cari 'celebration city piazza'. Ape ittuw? Harus weols round area City Square sekali lagi. Iols speku celebration city piazza ittew kedai pengantin. Almaklumlah uols... City Square nie kann penuh dengan kedai pengantin. Apatah lagi biasanya orang yang datang kann untuk meraikan iaitu celebration. Tapi pusing satu City Square tak jumpa-jumpa. Weols pergi Popular untuk cek kamus. Makna piazza dah dapat tapi tempatnya tak jumpa-jumpa lagi. Masing-masing dah mula call sesiapa yang berkenaan untuk mintak pandangan. Ada yang speku bangunan MBJB, ada yang speku Plaza Seni,ada jugak yang speku Dataran Bandaraya. Matilah kena patah balik kann? Tiba-tiba terfikir pasal Persada Johor. Punyalah nak mampos weols keliling bandar macam orang gila. Masing-masing dengan kaki dah nak tercabut terus menuju ke Persada Johor. Tapi Freezi dE Greb dengan Fendissime sajork yang pergi. Iols dengan Teddytalez tengok kat Menara Ansar.Tup tup kat Kotaraya rupanya...'celebration city piazza' katanya. Feeling-feeling Italy sangat. Rupanya bangunan buruk sajork. Hanjeng sangats kann?

Weols dah tahu tempat seterusnya mesti kat Sekolah Menengah Convent. Kat sittew weols dapat task lagi tapi nampak senang sikit. Salah seorang ahli kumpulan kena ambil anak kunci then buka manggan yang match dengan anak kunci ittew. Dan yang terpilih untuk task ittew tak lain tak bukan Freezi dE Greb! Move Bitch! Give way to model please! Gittew... Feeling-feelinglah kann?

Habis sajork task weols dapat the next clue. Kali nie weols kena kira berapa banyak rod yang terdapat di sepanjang pagar istana. Time nie iols dah surrender so iols kira lite-lite suki sajork. Freezi dE Greb dengan Fendissime yang beria-ia kira. Thanks uols! Tapi yang paling iols tak tahan ada group siap keluarkan kalkulator segala! Siap bergaduh bertekak mulut lagi! Ahaks! Ahaks! Kelakar sangats. Tapi in the end diorang kalah jugak. Sedey!

P/S: Since blogger sekarang nie banyak kali sangats menghanjeng, maka iols akan sambungkan entry nie. Ittew pon kalau iols rajin nak sambung lah. Merasa amek masa lebih 2 jam untuk satu entry. TENSION!!!