Friday, May 9, 2008

Berkabung

Uiks! Diam tak diam dah lebih sebulan blog iols nie berkabung ek? Dah ramai jugak yang suruh iols update blog iols nie tapi sayangnya keadaan tak mengizinkan. Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang bulan lepas tapi most of it semuanya merangkumi perkara-perkara yang menyedihkan sajork. Sebab ittewlah iols mengambil keputusan untuk mengabungkan blog nie. Cheh! Mengabungkan katanya! Iols dah tak bersemangat untuk hidup secara normal apatah lagi semua yang berlaku betul-betul menyedarkan iols tentang realiti kehidupan sekaligus membuatkan iols menjadi lebih kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan hidup. Iols sedar langit tak selalunya cerah namun jika gigih sinar harapan akan sentiasa menyinar. Iols ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas semangat dan dorongan yang diberikan oleh my family especially Daddykins and Vegenazah. Not to forget to all my friends especially Teddytalez yang menolong iols secara tak langsung untuk membuatkan iols sedar dan bangkit dari segala masalah. I've decided to lead my life as per normal.




After all of the darkness and sadness soon comes happiness




I'm a survivor, I'm not gonna give up!




So iols akan tetap update blog nie sekerap mungkin mulai hari nie. Tapi iols akan menampilkan sedikit pembaharuan iaitu memperkenalkan mesin masa kepada iols. Ittew bermakna entry-entry iols selepas nie akan berkisarkan mengenai apa yang terjadi kepada iols sepanjang bulan lepas dan yang sebelumnya. Merasalah back to the future katanya. Heheks!





Jemput naik mesin masa iols. Jangan malu-malu




Tapi uols mesti tertanya-tanya kenapa blog iols dibiarkan sepi tanpa penjaga kann? Sampaikan ada beberapa pihak yang begitu bermurah hati nak tolong iols updatekan blog nie. Heheks! Boleh gittew? Siap beria-ia nak mintak username dengan password nie. Ko tak pengsan?

Sebab utama iols dah menjadi bersemangat untuk menulis semula kat blog nie sebab iols dah pun menjalani terapi pemulihan. In fact iols baru jerr balik dari menjalani terapi pemulihan. Penat uols nak pergi sesi terapi apa kejadah nie. Nasib baiklah tempat terapi ittew dekat. Kalau jauh harapanlah iols nak pergi kann? Jangan haraplah iols nak pergi baik duduk rumah layan tengok DVD lagi puas hati. Yer tak? Duit pon banyak gak habis untuk sesi terapi nie. Tapi apa nak buat dah terpaksa kann? Lagipon bukannya tiap-tiap hari betul tak?




Penat uols...




Ittew dia gambar iols sedang menjalani sesi terapi. Heheks! Mesti ada yang tengah menyumpah iols sekarang nie kann? Macam ada orang yang speku Mummykins mengandung lagi. Heheks! Lega uols dapat bershopping sepuas-puasnya kali nie. Mana taknya dengan status iols sebagai penganggur tak bertauliah nie bukan senang nak dapat shopping selalu macam dulu-dulu. Sekarang nie kempen inflasi sifar uols. Tapi shopping is really the best medicine to de-stress your life.

Alkisahnya iols nie baru sajork balik dari Jusco AEON Tebrau sebab hari nie merupakan J-Card Day. Haruslah nie merupakan antara aktiviti tahunan yang sentiasa ditunggu-tunggu yerr… Mana taknya dengan potongan harga up to 70% harus merembes air puki iols nak beli segala-galanya kann? Tapi bab diskaun jatuh tempat kedua sebab yang paling penting ialah dapat rebate cash voucher. Ittew yang iols paling tunggu-tunggu sebenarnya sebab rasalah dapat rewards dari Jusco sebagai regular customer kann? Atau dalam erti kata yang lebih mudah iols dah berubah menjadi true Singaporean sebab tahap kiasu iols yang menjadi semakin parah nie. Heheks! Harus pantang dengar ada jualan murah mahupon barang free yerr…

Since Vegenazah kerja tengah hari so weols decided keluar pagi-pagi untuk pergi J-Card Day nie. Almaklumlah nie first time Vegenazah pergi J-Card Day kat Jusco AEON Tebrau nie. Sebelum nie dia cuma pernah pergi kat Permas Jaya sajork. Ittew pon hanya sekali sajork. Sedih sangats kann? Iols pon dah set dalam kepala kaunter apa untuk diserbu kali nie. Biasanya iols tak beli baju kat Jusco sebab design dia mostly bukan taste iols. *Matilah ramai sentap kann?* So setiap kali J-Card Day kaunter mesti singgah iols ialah bahagian cikkap. Harus semua orang dah tahu favourite spot iols kann? Kalau iols hilang senang sajork nak carik. Pargi sajork bahagian cikkap harus jumpa iols kat sittew. Biasanya iols akan melekat kat kaunter Revlon, Christian Dior, Chanel & Estee Lauder.

Tapi spot paling favourite iols haruslah Revlon sebab biasanya akan ada jualan yang amat murah sekali. Kadang-kadang ittew sampai jual longgok katanya. Iols peduli apa janji harga semua bawah RM30.00. Harus borong semua yerr… Apatah lagi bronzer favourite iols yang limited edition hanya dijual di jualan murah sajork sebab Revlon dah tak produce lagi star product ittew. Keji kann dah tak keluar lagi? Harus nak suruh iols habiskan duit beli bronzer Guerlain kann? Tapi kali nie Revlon dah takde jualan longgok-harga-runtuh-walaupun-hakikatnya-semua-produk-yang-dah-tak-laku. So iols singgah pon sekejap sajork. Lagipon baru last week iols beli barang Revlon dengan Poket Doraemon. Kebetulan Poket Doraemon nak beli foundation baru, Panda Eyes pulak cari lipgloss baru. Harus Panda Eyes first time try Revlon yerr sebab sebelum nie dia hanya pakai lipgloss Dior Addict sajork. Pengsan kann?

Kaunter wajib kunjung kali nie ialah Christian Dior & Chanel sebab dua-dua brand baru keluar koleksi limited edition. Iols nie pulak pantang dengar limited edition mesti nak beli. Apatah lagi oleh Christian Dior sebab biasanya packaging dia memang chic sangats. Iols datang sajork kat kaunter Dior terus pengsan. Mana taknya koleksi limited edition dia sajork dah ada lebih 10 barang. Harus iols rambang mata nak pilih yerr… Ditambah pula palet warna yang disediakan more to bronze & gold. Pendek kata memang sesuai untuk kulit iols yang tan nie lah. Dari blusher, highlighter, illuminator, sampailah ke bronzer semua iols try. Cuma nail lacquer sajork yang iols tak try. Heheks! Harus semua bapak-bapak, pakcik-pakcik, atuk-atuk semua yang ada dekat sittew tengokkan sajork iols nie. Mesti diorang konfius melihat iols yang dah tersedia konfius nie ek? Hiks.






Dior yang terkenal dengan kotak metallic silver







Dah puas bermain palet warna kat Dior iols berhijrah pulak kat kaunter Chanel. Kali nie iols tak pening kepala sangats sebab iols cuma nak beli bronzer dia sajork. Iols memang suka sangat dengan bronzer Chanel nie sebab warna dia semuanya warm so iols tak pening nak pilih warna. Apatah lagi dengan kehadiran produk limited edition terbaru Chanel iaitu Moisturising Bronzer.




Bukan sekadar satu malah dua paper bag







Iols suka sangats dengan paper bag chumel nie






Paper bag besar ada nie sajork? Heheks!




Packaging Chanel yang amat sofistikated




Tadaa... Buka kotak keluar nie



Logo putih lipgloss dan logo emas bronzer



Biasanya bab paling iols suka bila beli cikkap nie sebab dapat free gifts. Ala… Setakat produk tester sajork tapi janji free harus iols sapu kann? The more the merrier katanya! Tapi Dior punya promoter kat Jusco Tebrau nie very the kedekut Haji Bakhil taik hidung masin. Iols mintak tester dia boleh cakap takde. Ko ingat aku baru hidup semalam? Tapi bila iols nak beli dua produk tetiba cakap kalau beli banyak dapat tester. Motif sangats kann? So kalau uols nak beli Dior iols sarankan uols beli sajork kat Parkson Holiday Plaza. Harus uols kaya dengan free gift yerr… Lagi satu tempat saranan iols ialah kat The Mall. Kebetulan promoter dia kat sana lelaki so harus iols boleh dapat macam-macam sebab promoter lelaki nie biasanya lebih pemurah. Hiks! Iols kalau beli harus boleh dapat lipgloss, perfume, shower gel malah foundation pon ada. Tapi kat Jusco Tebrau iols cuma dapat sample foundation. Dahlah warna tak match. Tapi nasib baik promoter Chanel bermurah hati bagi sample lebih walaupon dua-dua iols takkan pakai sebab foundation. Tapi kalau keseluruhannya iols lebih prefer Parkson baik dari segi servis mahupon free gifts. Sebab promoter Chanel kat Parkson siap mintak details iols. Bukan setakat dapat update produk baru malahan launching produk pon iols dapat invitation yerr… Iols suka iols suka. Tapi yang paling penting ada sorang promoter kat Parkson yang iols taste. Hiks!




Dapat foundation 3ml sajork?






Free gifts Chanel iols dapat foundation lagi





Chantek tak iols lepas cikkap?




Rasa-rasa iols dah cukup chantek iols beralih ke bahagian kasut pulak. Actually hati iols dah tertambat dengan sepasang dress shoes Bonia yang iols rasa chantek sangats. Tapi harga dia sebelum nie almost RM350. Tapi since sekarang dah diskaun harus iols sambar satu yerr… Sebenarnya kasut ittew Sir Mugen yang nak beli mula-mula. Tapi dia tak jadik beli sebab dia baru sambar loafer Raoul. Kebetulan pulak Vegenazah pon suka gaks kat kasut Bonia ittew so iols pon belilah sebab taste weols dalam bab kasut memang sepadan. Vegenazah nie memang pandai pilih outfit yang lebih outgrown dan nampak sofistikated. Iols pulak lebih kepada golongan muda yang lebih relax dan stylo. So dipendekkan cerita kami memang saling memerlukan diantara satu sama lain sebab style weols jelas berbeza.





Iols nampak macam adik kann? *Matilah sentap*



Musti berkobar-kobar nak tengok design dia kann?



Ittew dia... Comes with a dust bag katanya!





Nielah rupa kasut yang iols beli






Tak dapat Gucci, Bonia pon jadilah




Tapi uols semua mesti tertanya-tanya kenapa iols beli kasut nie kann? Sebab iols bukannya rajin pakai kasut kulit. Kerja pon pakai sneakers sajork. Sebab utama iols beli kasut nie ialah kerana warna tan yang amat chantek. Senang nak match dengan my bags & belts. Sebab kedua pula ialah kerana small details yang terdapat pada kasut tersebut. Lagipon warna kasut nie sama dengan kasut Salvatore Ferragamo iols yang Daddykins belikan dulu. Tapi sayang kasut ittew dah rosak.




Buckle yang membuatkan kasut tampak lebih mahal






Monogram yang chumel dan nampak unik kat tepi kasut







Logo Bonia yang nampak begitu royal cam Juicy Couture





Tapi kann benda yang paling penting dan nampak mahal pada kasut nie adalah sebab tapaknya. Mesti lepas nie ramai orang beratur nak cari pasal dengan iols.




Merasalah siapa kena sepak ada cop Bonia kat muka kann?









Iols pon ada minat dengan doctor bag & briefcase Bonia. Lawa gila tapi bila tengok price tag harus iols berhenti bernafas selama 10 saat. Harga beg ittew RM699 setiap satu sundels! Ko tak pengsan? Kalau beli dua dah RM1400. Biarpun dah diskaun tapi iols tetap tak mampu beli. Iols rasa dengan tag harga macam ittew memang tak berbaloi untuk dibeli tapi tak tahulah kalau ada hamba ALLAH S.W.T yang bermurah hati nak bagi iols pada 1 Jun nie kann? Oops!



Tak dapat dua-dua dapat satu pun jadilah. Iols memang suka dengan doctor bag sebab design dia yang unik. Kalau dulu iols suka sangat dengan doctor bag dari Aigner & Prada tapi tak mampu nak beli. Sekarang dah mampu berangan-angan pakai doctor bag Bonia walaupun masih tak mampu beli. Hiks. Warna dia dark brown dan cuma tinggal satu kat dalam wagon ittew. Sesiapa yang bermurah hati bolehlah cari kat wagon ittew. *Hint hint*



Tengah jalan-jalan iols nampak satu trench coat yang chantek kat Agenda. Keji kan Agenda nie baju dia semua chantek-chantek. Vest yang iols beli dulu pon dari Agenda jugak. Kenapalah takde brand Agenda for men or Agenda Homme ek? Kalau tak harus iols borong. Trench coat Agenda ittew comes with a matching coat, pants and skirt. Harus iols terjatuh hati kat padanan trench coat dan seluar dia yerr…



Sebab utama iols minat kat design dia sebab materialnya dari fabric tweed dan corak dia checkered. Harus sebijik macam rekaan Gucci musim nie yerr… Tapi iols tak jadik beli sebab malas nak try. Nanti mesti jadik macam kes tahun lepas bila ada cashier mempersoalkan kenapa iols beli vest cikki depan Mummykins yerr. Motif dia siap komen iols lelaki so takley pakai vest cikki? Sejak bila pulak Jusco ada hired fashion police mahupun stylist? Tapi iols nie kann jenis keras kepala & akan sedaya upaya dapatkan apa yang iols nak. So iols suruh Teddytalez simpankan untuk iols try. Bagus gaks kalau ada orang yang kita kenal nie ek?
Heheks! Matilah friends with benefits.


Tapi my value buy yang rasa berbaloi sangat bukanlah cikkap mahupon beg ataupun trench coat tapi benda kat bawah nie. Merasalah shoe wardrobe iols lepas nie penuh kann?





Pilih jangan tak pilih



Pengsan kann tengok? Beli setiap warna yang dijual katanya! Ala… Murah uols. Baru RM0.90 sepasang. Harus iols borong setiap warna yerr… Bolehlah iols match ikut warna baju lepas nie walaupon iols dinch pakai selipar kalau keluar. Heheks! Memang bargain sebab biasanya kalau kat luar harganya about RM2.00 sepasang. Tapi yang nie lagi murah ditambah pula dengan kelembutan yang amat sangat. Yes uols… Lembut dia ala selipar Roxy. Tapi iols percaya pakai tak sampai 20 kali akan menipis ataupon tercabut terus. Tapi iols peduli apa sebab harga dia murah. Kalau hilang kat Sunway Lagoon pon harus tak makan hati sebab mampu beli lagi 20 pasang. Kann Awan Roslee kann? Oops! *Matilamak statement carik gaduh kann?*


Happynya iols lepas shopping!






Yang penting iols ada voucher RM80




P/S: Semua yang berlaku ada hikmahnya

4 comments:

arifeddy said...

pengsan kakak tgk uols borong cikkap...
wehh ade prob ke??
perenggan awal2 tuh cam ade prob jek
nape x story kat iols

KaNdRyXx gLaMaZoNs said...

Uiks! Everyone have their own problems so i taknak tambahkan problem yang dah tersedia ada pada uols. Takper maybe some other time kita boleh story mory the morning glory okies?

add_asyraf said...

wakakaka...rm1o voucher for every rm100 purchased...motif shopping rm800...dah kaya sgt???lupe lak ko mmg kaya...huhu...

KaNdRyXx gLaMaZoNs said...

UiKs! 40 kali ko cakap cmtue musti aku jadik betol-betol kaya kann? Heheks! Amin. Alhamdulillah.