Uols semua pon dah nampak kann macam mana iols didera oleh ahli-ahli D.Valicious yang lain during my birthday last year kann? Iols pon tak menjangkakan yang iols akan disurprisekan sebegitu rupa. Keji sangats kann? And the worst part was when Q simbah iols dengan air. Dahlah iols baru sajork wat rambut and supposedly rambut iols tak boleh dikenakan air for the first three days. Tup tap tup tap first day lagi dah kena air so rambut iols dah tak berapa chantek apatah lagi dengan special effects yang ditinggalkan iaitu tepung + air = jemput-jemput kat atas kepala iols. Keji sangats kann? Uols ingat rambut iols nie tepung cucur Adabi?
So malam birthday iols celebrate with my family. Kebetulan semua balik so weols pon buat sesi makan-makan. Nothing special except ala-ala perjumpaan family. Tiba-tiba Teddytalez sms iols ajak keluar makan. Tapi bila iols ask pukul berapa terus dia jawab:
“Lambat sikit. Time ittew aku tengah date. Dalam 11:45pm ke atas”
Gittew kann… Tengah date katanya. Propah sangats kann? Sebab Teddytalez jenis yang malas sesangats nak keluar lewat malam unless kalau dia off day pada hari berikutnya. Lagi satu motif pergi date tapi feeling-feeling chantek dinch mahu makan?
So iols dah smells something fishy about that. Tapi iols senyum sajork sebab dah terbayangkan surprise birthday party iols. Tapi nak tambahkan oomph iols buat-buat tak tahu. Barulah lebih thrill dia kann? Heheks!
Iols punyalah tunggu Teddytalez dari pukul 11:45pm sampai ke 12:30pm dinch sampai-sampai. Tiba-tiba Swarovski Crystal call nak ucap happy birthday. Tiba-tiba dia cakap dia call balik nanti. About 10minutes later dia call balik. Nak tahu apa dia cakap?
“Uols sorry ek sebab tadi. Masa iols call tadi iols tengah YM. Tiba-tiba ada kawan iols nie ask macam-macam. So iols layankan dia dulu”
Motif sangats kann jawapan macam ittew? Nampak sangats propah apatah lagi masa dia call balik iols dengar bunyi radio dan kereta tengah bergerak. Motif uols online kat dalam kereta? Iols dinch tahu pulak kalau seluruh Kuala Lumpur sekarang nie dah dilengkapi dengan system wireless. Hebat sangats kann? Lagi satu iols dinch tahu pulak sejak bila kerajaan kita mengharamkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu tapi digantikan dengan ANDA DIGALAKKAN UNTUK BER YM SEMASA MEMANDU TETAPI TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT SEMASA MEMANDU. Wow! Hebatnya seruan kerajaan kita sekarang! Tersangatlah celik IT yerr kerajaan Malaysia sekarang. Atau ada orang dinch tahu nak propah? Oops! Matilah termelatah. Terlebih sudah.
Lepas Swarovski Crystal call, Q pulak sms wish happy birthday. Dia cakap semua bebudak kat Kuala Lumpur wish me too. On the way nak pergi menghadap kiblat katanya. So iols percayalah yang Q nie kat Kuala Lumpur sebab hari ittew dia ada cakap nak pergi Kuala Lumpur with J.Lopezl. So iols layankan sajork.
Tiba-tiba Teddytalez bagitahu yang dia dah sampai kat depan rumah iols. So iols terus keluar dengan wajah yang penuh berseri-seri sebab dinch sabar nak tahu surprise tahun nie. Iols tengok kat dalam kereta nan ado sesiapa kecuali Teddytalez. Owh… Maybe Genie In The Bottle dah tunggu kat kedai makan kott. Almaklumlah dua surprise birthday party sebelum nie dah buat benda yang sama. So iols pon feeling-feeling macam Swarovski Crystal & Sawan Babi sambut birthday. Sampai-sampai sajork buat muka ala-ala terkejut dan terharu. Sabar Kandryxx… Simpan dulu mood ittew. Heheks! Keji sangats kann iols berlakon?
Masa weols sampai kat lorong simpang rumah iols, iols ternampak ada sebuah kereta hitam dekat sittew. Iols terus cakap kat Teddytalez “ Motif sangats kann park kereta kat sittew? Tengah ciklom lah ittew. Suka tau berprojek kat tempat-tempat macam ittew. Macamlah dah nan ado tempat lain” Teddytalez pon ketawa sajork. Iols pon gatal pulak mata nak tengok siapa kat dalam kereta ittew. Almaklumlah fefonens kann memang diciptakan sebagai busy body. Iols tengok kat sebelah driver seats nan ado orang. Terus iols cakap “Haa! Betul tak iols cakap? Kann nan ado orang. Tengah berciklom lah ittew” Tiba-tiba bila iols tengok driver dia iols terus menjerit!
“Teddytalez! Driver dia pakai topeng sundels! Takut iols!,” Teddytalez pon feeling-feeling terkejut “Uols biar betul? Betul kerr driver dia pakai topeng?” Iols apa lagi terus keluarkan handphone sebab nak call Vegenazah.
Almaklumlah tempat iols nie memang bahaya sikit. Macam-macam perkara boleh berlaku. Ragut, rompak, rogol, bunuh semua dah ada. Apatah lagi dekat lorong ittew memang banyak penjahat dan penjenayah. So iols speku samada orang kat dalam kereta ittew nak merompak salah satu rumah kat kawasan iols ataupon nak meragut. Tapi orang meragut biasanya pakai motor kann? Matilamak perompak zaman sekarang dah kaya boleh pakai Wish kann?
Iols baru sajork nak call Vegenazah tiba-tiba ada sebuah kereta hitam potong dan terus block kereta weols. Iols pon terus jadik pucat dan terkesima sekejap. Iols suruh Teddytalez reverse kereta tapi dia pon terkesima jugak. “Undurkan kereta uols sekarang. Reverse uols, reverse!” Iols menjerit sekuat hati.
Masa nielah iols menyerlah bakat iols melontarkan nada suara setinggi 5 octave. Hambek ko Mariah Carey! Uols ingat uols sajork boleh tarik suara tinggi-tinggi? Tiba-tiba iols nampak ada 3 orang lengkap bertopeng segala keluar dari kereta tersebut. “Uols undur uols! UNDUR!!!” Iols jerit sekuat hati. Iols takut yang teramat sangats sundels!
Time ittew apa yang fikir hanyalah orang-orang ittew nak merompak kawasan rumah iols. So diorang pon pakailah topeng supaya tak dikenali. Tapi masa diorang menunggu masa yang sesuai untuk menyerang secara kebetulan weols lalu kat depan kereta diorang. So diorang tiba-tiba menjadi takut kerana rahsia diorang akan terbongkar sebab weols dah nampak diorang. So diorang pon terpaksalah menyerang weols sebab nak menghapuskan segala bukti.
Iols dah fikir lepas nie diorang akan ambil segala harta benda yang ada pada weols. Duit, handphone, kereta malah dengan kondom Teddytalez pon akan diambilnya. Oops! Motif Teddytalez bawak kondom segala? Hanya dia yang tahu. Hiks. Selepas dirompak maka weols akan dirogol dan dibunuh dengan kejamnya. Iols dapat bayangkan wajah kepuasan Teddytalez sewaktu dirogol beramai-ramai. Eh? Kuoklah pulok! Heheks! Tapi sebelum sempat diorang merogol iols, iols dah berubah menjadi Sailormoon! Dengan kuasa bulan akan menghukummu! Gittew kann imaginasi fefonens? Hiks!
Dengan kuasa bulan akan menghukummu!
Tapi masa iols tengah syok menjerit feeling-feeling takut tiba-tiba iols nampak salah seorang dari penjenayah tersebut memakai sweater yang amat iols kenali. Berbelang hitam purple katanya. Terus iols rasa macam dah kena PUNK’D.
“HAPPY BIRTHDAY UOLS!”
Semua penjenayah tersebut wish happy birthday lantas menanggalkan topeng masing-masing. Swarovski Crystal, Q dan Kecepak Kecepuk nie memang keji sangats tau! Kenapalah iols selalu ditindas sebegini rupa? Diorang nie suka sangats tau kenakan iols masa birthday.
Tahun lepas bertepung berair segala, tahun nie pulak Wakenabeb. Keji sangats tau! Iols terus menjerit tak puas hati. “ Uols semua keji tau! Dinch suka dinch suka! Selalu iols yang terkena!” Hurm… Merasalah tangan Teddytalez lebam kann sebab iols pukul sekuat hati bertubi-tubi pulak ittew. Heheks! Patutlah iols dinch kenal diorang sebab Swarovski Crystal bawak kereta baru. Motif iols yang sambut birthday tapi Swarovski Crystal yang dapat hadiah kereta? Isk. Kereta pulak bukan calang-calang kereta. Kalau dulu dapat lesen P dapat Gen-2, sekarang bila full license terus dapat Toyota Wish. Uols addinch pengsan? Kalah kereta my parents. Dinch boleh jadik nie. Daddykins, a Bentley for me please. Heheks!
Then Teddytalez park kereta dia kat rumah dan weols keluar satu kereta sajork. Motif sangats kann sanggup bazirkan minyak semata-mata nak kenakan iols? Lantakaulalabu. Lepas puas diorang kenakan iols, diorang nak feeling-feeling tengok wayang pulak. Uols ingat iols nak percaya? Bukan sesenang ittew iols ditipu. Cukuplah sekadar dua kali iols ditipu. Bila mintak tiket masing-masing dinch berani tunjukkan. Perlulah iols percaya kann bila cakap nak tengok wayang midnight kat City Square pukul 1:30am tapi pukul 1:20am masih kat rumah Teddytalez? Propah sangats kann? Tup-tap-tup-tap betullah diorang pergi City Square terus menuju ke wayang. Malu sekejap iols. Heheks!
Weols tengok cerita Apa Kata Hati. Dinch perlulah iols nak mengulas tentang cerita nie kan? Yang penting iols happy sebab dinch perlu berlagak slenga sebab dipaksa tengok cerita yang berchronicles segala. Iols bab-bab cerita berepisod nie memang susah nak ingat. Apatah lagi kalau yang pertama bertahun lepas. Harus kotak ingatan iols dinch mampu menampung semua yerr… Unless kalau cerita Legally Blonde kann? Harus 5 tahun lepas pon iols mampu ingat. Hiks! Tapi apa yang iols mampu katakan cerita Apa Kata Hati nie memang berbaloi untuk ditonton. Sebab ceritanya lite-lite suki sajork dan lawaknya tak terlalu slapstick. Walaupon iols teramatlah bencinya dengan AC Mizal tapi watak dia dalam cerita nie boleh tahan. Tapi seperti biasa watak yang dilakonkan mesti ala-ala orang terencat yerr. Iols pelik kenapa sekarang nie AC Mizal sering dapat watak-watak seperti ittew? Sedangkan dulu bersama Gerak Khas iols tengok dia berlakon occay sajork. Dinch over seperti sekarang nie. Hiks!
Nielah cerita yang weols tonton
Lepas weols habis menonton weols mencari spot untuk upacara memotong kek. Bincang punya bincang, since weols semua menetap di JB dan di JB nie dinch banyak night spots so weols bersetuju untuk celebrate kat LC Catering. Tempat nie famous dengan nasi ayam penyek tapi iols dinch suka sangats dengan nasi ayam penyek.
So pada iols tempat nie dinch special pon melainkan air yang disediakan. Sebabnya kalau uols tak jelaskan betul-betul diorang akan serve uols dengan ice blended. Bayangkan uols order milo ais datangnya ice blended Milo. Addinch haru namanya? Ittew belom lagi kalau uols order Nescafe, Maka dapatlah uols ice blended Nescafe. Maka kalau uols dinch suka ice blended uols kena order betol-betol.
Motif sangats kann potong cake macam ittew?
Pose seorang penjenayah ala-ala yang telah menggegarkan malam tersebut.
Hurm... Overall iols memang rasa gembira sangat pada malam tersebut. Walaupon selama dua tahun berturut-turut iols sajork yang menjadi mangsa namun iols redha. Btw uols semua memang rockafellas! Best gila dapat friends macam uols semua nie. Mmwah! Mmwah!
Oops! Terlupa pulak nak bagi uols tengok hadiah-hadiah yang iols terima dari Teddytalez. Terharu iols bila dia bagi bukan satu hadiah malah lapan belas hadiah. Teharu sangats kann? Uols pernah dapat sampai lapan belas hadiah? Dinch pernah kann? Kalau uols nak tahu apa yang Teddytalez bagi kat iols sila klik di sini.
Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arriverderci! Mmwah!
4 comments:
motid sgttt
btw hadiah uols skali ngan farhat n aidil punye nanti yer!
susah nak bungkus hadiah tuhh
hiks
wakaka...hadiah tue biase biase jer...suke tak???next turn siape???huhu...
epi besday... or...erm...belated...hehhehe....
best nyer dapat makan kek.... btw, may all ur wishes "cum" true..
Weh hang update lambat kan so I pon nak wish lambat gak...happy belated bday...huhuh
Post a Comment