Friday, August 8, 2008

Happy 24th Birthday Adiyon!

Uiks! Dalam pada busy menyiapkan entry birthday Vegenazah dan Perampas Bersiri, iols terlupa yang iols dah termiss lagi seorang untuk dimasukkan dalam list birthday bulan Ogos. Orang yang iols maksudkan dinch lain dinch bukan ialah Adiyon. Sorry Adiyon... Iols terlampau busy sampaikan terlupa nak buat entry untuk uols. But at least iols dah wish personally masa birthday uols kann? Untuk pengetahuan bersama, Adiyon menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-24 pada tanggal 3 Ogos 2008. So iols dengan penuh berbesar hatinya ingin mencemar duli untuk wish Adiyon...

















Happy Belated 24th Birthday Adiyon!

















So iols mendoakan kesejahteraan uols. Semoga mendapat shuben yang cando dan caring like u know who. Iols teringin sangats-sangats nak melihat kembali zaman kegemilangan uols bersama shuben uols. Uols nampak secocok sangats bersama. Kalau Dato' Siti Nurhaliza dengan Dato' K tengok pon sure makan hati sentap tengok rumah tangga uols lebih utuh dari rumahtangga diorang. Oops!



Occaylah... A quick briefing about Adiyon. Iols kenal Adiyon masa iols part 2 kat UiTM Sri Iskandar, Perak. Iols dinch ingat macam mana iols boleh kenal dengan dia. Tapi yang iols ingat masa ittew semua orang cakap ada seorang student OM part 2 yang amat cando. Manolo Craver pon tanpa bertangguh terus mencuba nasib untuk cucuk jarum. Malangnya dinch berhasil sebab Adiyon sudah berpunya. Kiranya Adiyon nie stok-stok yang setia ke akhir hayatlah. Tapikan... Kalau Adiyon belum berpunya sekalipon, nak ke dia kat Manolo Craver? * Oops! Matilamak statement maut! Larikkk ke Jakarta!!! *

UiTM menyimpan seribu satu kenangan buat iols.



But at last diorang jadik roomates. Iols pulak selalu sajork melepak di bilik Manolo Craver. So lama-kelamaan weols berkenalan dan jadi kawan baik. But as usual masa mula-mula kenal Adiyon memang dinch suka dengan iols. Nak tahu kenapa? Sebab dia kata iols nie nampak macam kekwat tahap agung dan terlampau menjaga standard. Well... Dinch kenal maka dinch cinta kann? Bila dah kenal iols baru tahu yang iols nie easy to get along. Masa mula-mula kenal iols memang pemalu sebab ittew orang selalu salah sangka iols nie kekwat. Hakikatnya iols nie memang baik. Kann Adiyon kann? Kann?




Personally iols suka sangats berkawan dengan Adiyon.He live a very simple life. Asalkan cukup makan dan cukup pakai sudah memadai untuknya. Senang cerita Adiyon nie bukan jenis yang hipokrit dan suka berpura-puralah. Asalkan dia dinch kacau hidup orang lain cukup. Low profile-low profile dia nie pon, anak orang berada uols. Rumah dia besar. Haruslah rumah dia dah jadi rumah tumpangan kedua iols kat Perak kann? Tapi iols dinch selalu sangats stay rumah dia macam Manolo Craver. Sah-sahlah si MAnolo Craver ittew bermuka tembok besar China kann? Oops! Matilamak termelatah. Iols adalah sekali dua stay kat rumah Adiyon.




Lagi satu yang best pasa Adiyon nie sebab dia dinch berkira. Ingat lagi dia sanggup naik motor dari Sri Iskandar ke Ipoh semata-mata nak memastikan keselamatan iols masa iols pergi date. Caring kann dia? Almaklumlah iols nie bukannnya tahu sangats tempat-tempat kat Perak. Thanks Adiyon!




Bapaku pulang dari kota... Bapaku belikan Vespa





Lagi satu Adiyon nie jenis yang bukan take friends for granted. Macam sesetengah orang yang iols kenal, depan kita bukan main baik lagi... Bukan sekadar bertanam tebu di pinggir bibir, malah bukak kilang gula di pinggir bibir terus... Tapi belakang kita dialah raja dan ratu segala mulut lahar.











Occaylah sebenarnya iols nan ado mood sangats nak taip panjang- panjang hari nie. Sebab ittew pic pon setakat sekeping dua sajork. Sorry Adiyon kalau entry pasal uols nie pendek sangats. Kita bertemu lagi di entry yang seterusnya.











Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!

No comments: