Uiks! Hari nie my big boss datang untuk cek stock. Dia datang dengan isteri tersayang uols... Sekali tengok mesti uols dinch percaya diorang nie pasangan suami isteri. More to dad and daughter sundels! Isteri dia bukan main mengancam lagi! Kurus, tinggi, putih... Muka pon boleh tahan. Pendek kata memang dinch padanlah dengan bos iols. Hiks! Tapi cantik-cantik dia pon dinch boleh kalahkan bonda Swarovski Crystal. Kalau ittew harus lagi mengancam yerr... Bayangkan jalan bersama harus orang cakap diorang nie akak dengan adik. Makan hati yerr...
So iols panggil isteri Big Boss nie Mrs Bosslah yerr... One thing yang iols suka pada Mrs Boss nie sebab dia very the humble. Very the dinch feeling-feeling kekwat yerr... Berbual pon macam sesama rakan sekerja sajork. Tapi iols tahulah di mana limit iols. Yerlah... Siapalah iols nie... Sekadar kuli batak sajork.
Untuk meng-impress Mrs Boss, iols pon feeling-feeling ringan tulang tolong dia buat kerja. Ala... Bukannya kerja yang berat-berat pon uols. Setakat tolong alihkan beberapa barang sajork disamping tolong cek stok. Tapi masa iols tengah tolong dia angkat barang baru iols perasan sesuatu...
Mrs Boss pakai tali pinggang Gucci uols! Harus iols makan hati kann? Dahlah cita-cita iols untuk memiliki tali pinggang Gucci masih dinch kesampaian, tiba-tiba boleh pulak dia pakai kann? Sentap uols! Dahlah design tali pinggang dia lawa. Ikutkan hati iols nak sajork bukak tali pinggang ittew dan terus cabut lari. Dinch dapat gaji bulan nie pon iols sanggup. Gittew... Desperate sangats kann?
Yang menambahkan lagi ke-jealous-an iols bila Mrs Boss hulurkan tangan dia masa nak bagi barang. Boleh tak dia pakai charm bracelet Tiffany & Co.? Bukan setakat charm bracelet malah with the matching necklace as well! Dahlah dua-dua my favourite design. Dia pakai dari collection Atlas! Waa!!! Makan hati sundels! Sabar Kandryxx... Sabar...
Tahap kecacatan iols bukan setakat berhenti di sittew. Masa iols nak pergi makan, iols pon masuklah staff room untuk ambil harta khazanah iols. Uols tahu apa yang iols jumpa kali nie?
Haa! Makan hati sangats kann? Tote bag Calvin Klein sundels! From the latest collection pulak ittew. Waaaa!!!! Iols pon nak macam ittew... Kat sebelah beg pulak bersusun paper bag Starbucks. Iols cek satu penuh dengan biji kopi. Yang lagi satu pulak muffin. Yang lagi satu salad. Like duh! Motif dinch makan kat sana sajork?
Masa iols tengah makan Mrs Boss masuk. Dia nak ambil purse sebab nak pergi makan dengan Big Boss. Motif nak pergi makan? Then segala khazanah dari Starbucks ittew untuk siapa? Kucing beliaukah? Lantakaulalabu. Asalkan uols bahagia sudeyh. Sekali bila iols tengok dia keluarkan clutch bag Louis Vuitton. Bayangkan Louis Vuitton Pochette dia boleh convert jadi purse. Terus iols pengsan on the spot. * Sila jangan hiraukan iols buat sementara waktu. Iols hanya akan terjaga kalau ada orang yang nak bagi Louis Vuitton Neverfull GM kat iols*
That's it! Iols tengah gigih mengarang surat letak jawatan. Lagi lama iols berada di sini makin mereng otak iols jadinya. So untuk mengelakkan sebarang komplikasi dari terjadi baik iols mengundurkan diri dulu. Anyone wanna sponsor me Gucci belt, Longchamp La Pliage tote bag, Gucci sneakers or Chanel 2.55? Anyone? Hello...
Occaylah. Iols berangkat setia dulu. Chow Arrivederci!
P/S: Lepas nie kalau apa-apa hilang jangan cari iols yerr...
2 comments:
u ols,
harus gigih mendapatkn sendiri khazanah semua ittuew,
org kasi ???
x puas !
rasa mcm ape je,
x de makna,
but beli sendiri, bangga hati menayang didepan pondan2 berangan !!!
Betul tu TRANSLUCENTLYHEALL, Pastu beli je yang fake..huhuhuhuhu
Post a Comment