Monday, August 11, 2008

Happy Birthday Poket Doraemon!

Uiks! Iols tahu uols semua mesti dah jelak dan jemu dengan entry birthday sepanjang bulan nie kann? Maafkan iols... Tapi apakan daya, kalau dinch buat entry takut ada yang terasa pulak. Kann?

So hari nie iols nak buat entry ringkas pasal birthday Poket Doraemon. Iols pon dinch ada mood nak buat entry yang panjang berjela-jela macam karangan SPM. Lagipon dinch ada apa-apa acara yang istimewa.


So untuk pengetahuan semua Poket Doraemon telah menyambut Ulangtahun Kelahirannya yang ke-25 pada 8 Ogos 2008. Wah!!! Class gittew nombor bertuah katanya! 080808. Kalau beli nombor ekor harus strike grand prize katanya! Hiks! Iols sampai sekarang dinch percaya yang Poket Doraemon nie umur dia baru 25 tahun. Sebab rasanya gab umur dia dengan umur iols macam jauh sajork. Tapi iols dinch cakap Poket Doraemon kertu ya? Uols jangan nak speku lebih-lebih yerr...


Tapi tahun nie weols dinch sambut meriah-meriah macam tahun-tahun lepas. Setakat feeling-feeling tiup lilin sajork. Kebetulan pulak, Poket Doraemon kena temankan Sir Mugen untuk pergi ke perasmian pembukaan outlet Big Apple Donut di Melaka. Isk. Keji kann iols dinch dapat ikut? Sir Mugen ajak tapi haruslah iols kena naik bas sendiri dari JB kann? So sebab dinch mahu mati kebosanan dalam bas maka iols memutuskan untuk dinch mahu pergi.


Sebagai buah tangan, Sir Mugen dan Poket Doraemon balik dengan sekotak donut dari Big Apple. Yang kelakarnya diorang sajork yang dapat special donut pelbagai perisa. Tetamu yang lain semua dapat donut yang paling murah iaitu yang plain. Hiks! Haruslah ada tetamu yang makan hati kann? Ada jugak yang speku Sir Mugen nie YB sebab dia yang merasmikan pembukaan tersebut dan dapat donut specia. Sir Mugen YB? Harus iols pekup muka pakai bantal dan ketawa sekuat hati. Muahahaha!
Nielah donut yang Sir Mugen bawak balik.

Sorry pic dinch sempat edit disebabkan kemalasan yang melanda.

Happy 25th Birthday Poket Doraemon!

Occaylah. Iols berangkat setia dulu! Chow Arrivederci!

No comments: